Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan

Rabu, 21 Mac 2012

MASIH DI SINI LAGI....

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Semoga semuanya ok.

Rasanya dah agak lama blog ni tak diupdate. Kadang-kadang rasa kekeringan idea, kekangan waktu dan kurang motivasi membataskan segalanya. Cik Putih pun rasa sekarang agak sebuk dengan keluarga.

Apapun, blog ini akan cuba diupdate dari masa ke semasa. Insyaallah, selagi hayat dikandung badan.

Rabu, 6 Julai 2011

UMI NORIHAN SAKIT?

Secara tak sengaja aku terjumpa akaun FB Pn. Norihan @ Umi Norihan masa surf internet tadi. Dari statement yang dia post dalam wall FBnya, aku rasa dia sedang struggle untuk recover dari sakit. Tapi aku tak tahu la pulak tahap mana keseriusan penyakit yang dia alami tu. Kalau statement dia dalam FB tu, aku rasa penyakitnya agak teruk sebab siap kena scan dan buat chemo.

Aku try add dia dalam FB. Sekarang aku tengah tunggu dia approve. Kalau dah approve, mungkin boleh contact dia secara personal untuk bertanya khabar.

Apapun, kita doakan dia semoga cepat sembuh dari penyakit yang dideritainya dan dapat menjalani hidup seperti biasa. InsyaAllah-Rabbi yasir wala tu assir"


Printscreen dari akaun FB Umi Norihan yang sempat aku ambil untuk tatapan korang

Jumaat, 25 Mac 2011

HUKUM AKAD NIKAH DALAM MASJID

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenyataan seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh di dalam akhbar Utusan bertarikh 20 Mac 2011 bahawa akad yang dilakukan di dalam masjid menyimpang daripada ajaran Nabi SAW. Jadi, ni ada artikel yang aku rasa sangat berfaedah untuk kita memahaminya.

Diriwayatkan oleh al Baihaqi di dalam Sunan Kubra hadis no. 15095, diriwayatkan juga oleh at Tirmizi di dalam Sunan Tirmizi hadis no. 1009

Imam at Tirmizi menyifatkan hadis ini sebagai Hadis Hassan Gharib.

Syeikh Badruddin al ‘Aini menyatakan di dalam Umdatul Qari bahawa ia juga telah diriwayatkan oleh Ibnu Majah, an Nasa’ie dan at Thabrani mengikut sanad yang berbeza di dalam kitab masing-masing, dan lafaz yang berbeza-beza.

Klik di sini untuk membaca keseluran artikel

Khamis, 24 Februari 2011

SYUKUR ATAS KURNIAAN ALLAH

Selama ni aku tengok orang lain je bertukar status jadi ayah atau ibu. Hari ni giliran aku pulak. Lebih kurang jam 6.35 pg, 24 hb Februari 2011, aku dikurniakan seorang bayi perempuan.

Tak terkata apa, hanya bersyukur atas kurniaan yang berharga dari Allah SWT. Alhamdulillah !

Kali pertama memangku anak sendiri.



Saat pertama melihat dunia


Selasa, 25 Januari 2011

KELAKIAN JIJIE TERBUKTI SUDAH!

Lagi berita kawan kita menimang cahaya mata. Yang terbaru Bro Jijie atau nama sebenarnya Khairul Azizi b. Yusoff. Aku dapat MMS ni dari Erny pagi tadi. Sehingga kini, bayi lelaki yang baru dilahirkan ni masih belum diberikan nama. Boleh la sesapa nak suggest nama kat Jijie, hahaha =)

Okla, sapa plak lepas ni? Kalau ada, jangan segan send MMS kat aku ataupun Cik Putih. Kami dengan rela hati akan mengupload dalam blog ni untuk tatapan semua..



Semoga kehadiran orang baru dalam hidup Jijie akan membawa kebahagiaan kepada keluarganya. Insha Allah... :-)

Jumaat, 21 Januari 2011

RAYUAN DERMA UNTUK PALESTIN

Assalamualaikum semua!

Ni entry aku yang pertama untuk tahun 2011 ni. Sebelum ni Erny a.k.a Cik Putih yang dok tolong update. Terima kasih Erny!

Sempena tahun baru ni aku dah pun redesign balik blog kita ni. Theme yang lama dulu dah rosak dan lapuk. So, tukar la plak..Baru segar mata memandang, hohoho.

Dalam entry ni aku nak buat rayuan kepada semua. Apa kata rezeki melimpah yang kita perolehi dikongsi bersama untuk anak-anak Palestin. Jangan risau, semua info yang aku masukkan dalam blog adalah sah. Jadi tak perlu ragu-ragulah. Aku dah check semuanya.

Okla, kalau ada nak derma sila salurkan melalui akaun kat bawah ni :

No akaun Maybank : 551575004299 ( atas nama Aqsa Syarif Berhad )
email : admin@aqsasyarif.com





Oklah, cukup dulu untuk kali ni. Jumpa lagi dalam entry akan datang.

Selasa, 23 November 2010

NORHAZILA DAPAT BABY LAGI

Kak Zila atau nama sebenarnya Norhazila selamat melahirkan seorang lagi cahaya mata pada 20 November yang lalu . Alhamdulillah, cukup produktif. Kali ni dia dikurniakan seorang bayi perempuan yg diberi nama Nur Arissa Huda.

Gambar baby Kak Zila yang dihantar oleh Cik Putih melalui MMS.

Semoga kelahiran ini membawa rahmat dan rezeki yang melimpah ruah untuk keluarga Kak Zila.

Lepas ni siapa pulak?Hehehe..

Isnin, 1 November 2010

IJAH KINI BERGELAR IBU...


Semalam aku dapat SMS dari ijah. Dia bagitau dah dapat baby girl. Aku pun tanpa segan silu mintak dia send picture anak dia untuk dikongsikan dalam blog ni.

So, inilah dia hasil yg ijah dapat dari perkongsian hidup bersama suaminya, hehehe :-)

Tahniah buat Ijah sekeluarga atas anugerah ini. Semoga berbahagia dengan kelahiran ini.

Khamis, 30 September 2010

PETUA MELAHIRKAN GENERASI ULUL ALBAB

Oleh kerana ramai di antara kita yang dah mempunyai anak, kat sini aku postkan artikel tentang cara melahirkan anak yang sentiasa dekat dengan Al-quran. Seterusnya, menjadikan mereka generasi ulul albab. Bukan Ahmad Albab, hehehe..

Setiap orang tua pasti menginginkan buah hatinya menjadi anak yang soleh dan solehah. Anak soleh-solehah merupakan harta yang paling berharga bagi orang tua. Untuk mendapatkan semua itu, tentu harus ada kesungguhan yang tinggi dari orang tua dalam mendidik anak....klik kat sini untuk baca artikel ni.

Khamis, 12 Ogos 2010

Isnin, 19 Julai 2010

TAZKIRAH BUAT SEMUA

Kita selalu mendengar hadis dan peringatan junjungan besar kita agar selalu menjaga lidah. Imam al-Ghazali banyak sekali mengupas mengenai bahaya lidah. Dalam kitabnya lhya Ulumuddin, beliau memberikan tumpuan khusus mengenai bahaya lisan, atau perihal Iidah. Melalui keupayaan akal, manusia berucap atau mengeluarkan kata-kata melalui perantaraan lidah.

Lidah bukan sahaja boleh mengungkapkan rasa syukur atas kebesaran Allah s.w.t, malah boleh disalahgunakan dengan pelbagai cara seperti pendustaan atau pembohongan, buruk sangka, permusuhan, fitnah, mencarut, mencela, mengutuk, bertelingkah, mengumpat, melaknat dan membicarakan sesuatu dalam keadaan kesat, kasar dan penuh dengan kesombongan.

Dalam era teknologi maklumat seperti sekarang, ramai antara kita yang tak guna lidah untuk mengkeji dan menjatuhkan aib seseorang. Tetapi digunakan cara seperti melemparkan komen yang menyakitkan hati di Facebook atau ruang chat. Walau apapun caranya, dosa tetap dosa.

Gambar di atas : Salah satu komen provok yang diterima melalui ruangan chat di blog ini.

Ingatlah, dosa kita terhadap Allah boleh terampun jika bertaubat secara langsung dengan taubat nasuha. Tapi, dosa sesama insan tidak akan terampun selagi tidak mendapat kemaafan dari orang yang kita cela atau orang yang kita sakiti hatinya. Hanya di padang mahsyar nanti ia akan diperhitungkan.

Renungkan sabda baginda ini :

Daripada Abdullah bin ’Amar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang Islam yang sebenarnya ialah orang yang mana orang-orang Islam yang lain terpelihara daripada gangguan lidah dan tangannya dan orang yang sebenarnya berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah”

Semoga kita sama-sama beroleh faedahnya dari posting kali ini. Mohon maaf kalau ada yang terasa. Hanya ni caranya untuk aku hentikan komen-komen yang menyakitkan hati. Aku tahu, banyak komen yang ditujukan kat aku. Dan komen-komen tu mengaibkan aku.

Sebagai manusia yang ada hati dan perasaan, jujur aku katakan bahawa aku tersinggung dan terguris dengan komen melampau seperti itu. Sudahlah begitu, baling batu sembunyi tangan pula. Maaf sekali lagi!

Sabtu, 3 Julai 2010

AYAHANDA ERNY TELAH PULANG KE RAHMATULLAH

Salam buat semua..

Seluruh warga Math-PA mengucapkan takziah kepada Erny Yusniza dan Fairul Wazib atas kepulangan ayahandanya ke rahmatullah pagi tadi. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang soleh disisi Allah SWT.

Al-Fatihah

Ahad, 6 September 2009

Rahsia jutawan emas dibongkarkan!!

Wah, biar betul tajuk artikel kali ni! Ada ke rahsia jutawan emas dibongkarkan? Tak percaya la.

Takkan la ada orang bocorkan rahsia diorang menjadi jutawan dengan emas pulak kan.

Apapun tanggapan korang, apa yang dinyatakan oleh tajuk artikel tersebut adalah BENAR?

Tahukah korang, bahawa dengan mengongsikan rahsia mereka, mereka akan menjadi lebih kaya lagi? Itulah pegangan dan falsafah bagi mereka-mereka yang berjaya menjadi jutawan. Oleh sebab itu mereka ingin orang lain juga dapat merasai apa yang mereka rasa, iaitu KEKAYAAN DENGAN EMAS!!

Selama ini korang yang tidak pernah mendengar ataupun jarang-jarang mendengar mengenai pelaburan emas, kini ianya telah sampai di depan mata anda.

Kini korang sendiri boleh memulakan langkah pertama anda untuk menjana kekayaan dengan emas dengan membaca artikel ni.

Selalu kita selalu dengar cerita orang pompuan je beli emas. Ni orang laki pun boleh beli. Tapi bukan beli untuk pakai, tapi untuk MELABUR beb!
Bagaimana? Iaitu dengan mempelajari bagaimana rahsia-rahsia jutawan emas membina kekayaan. Kalau nak tahu, sila la klik kat banner bawah ni. Dan tolong baca isi kandungannya satu persatu. Kerana aku pun dah teruja!

Rabu, 29 Julai 2009

JOM KITA YM RAMAI-RAMAI!

Oleh kerana YM yang pertama mendapat sambutan hangat, maka kita telah merancang untuk mengadakan sesi YM ni lagi pada ketetapan berikut:

Tarikh : 1 Ogos 2009 (hujung minggu ni)
Masa : 9.45 malam
Hari : Sabtu

Ni ada beberapa orang kawan kita lagi yang dah ada YM. So, jangan lupa add diorang ni dulu. Takut nanti tak boleh berborak dalam conference room plak.

Asral : asral_7873
Deqwan : eryplur
Shahril : shah_dap

Jangan lupa ajak kengkawan yang lain. Hebah-hebahkan berita ni semoga sesi tu lebih meriah! Ok, jumpa hari sabtu ni. Jangan lupa!

Jumaat, 26 Jun 2009

Suami, isteri dan dot dot dot...

Artikel ni aku siarkan tak bermaksud untuk mengganggu situasi kalian. Tapi, berlapang dadalah supaya ia dapat diterima sebagai sumber maklumat untuk kebahagian keluarga bagi mereka yang telah mendirikan rumahtangga, insyaallah.

Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumahtangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.

Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumah. Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan.

Berbanding wanita.. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan. Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!

Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka.

Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.

Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah..

Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang slim dan masih tampan.

Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.

Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si isteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini. Jadi awasilah dengan penampilan anda.

Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup.

Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan. Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi.

Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga, buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.

Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air mani isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini. Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang.. Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan.

Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab.

Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai. Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang atau yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan.

Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yang telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berperut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan pemakanan sihat sekeluarga.

Isnin, 25 Mei 2009

DAH 2 TAHUN BLOG KITA RUPANYA!


Diam tak diam dah lebih 2 tahun blog kita ni beroperasi. Alhamdulillah, walaupun usianya setahun jagung namun objektif nak kumpulkan kawan-kawan dari seluruh pelusok dunia berjaya mencapai matlamatnya, hehe..

Bukan senang nak maintain 2 tahun ni beb! Ada pasang surutnya buat artikel dalam blog ni. Kalau tak percaya, cuba klik kat artikel "SALAM DARI UTM....." ni. Ni ler entry pertama yang aku buat masa mula-mula blog ni dibangunkan. Sejak dari tu, blog ni terus menerima kunjungan kawan-kawan, sama ada dari Math-PA, atau dari kelas lain hasil promosi yang berterusan oleh Erny ( also known as Cik Putih), Ijah dan lain-lain.

Dalam banyak post yang aku rasa ada sikit kelainan adalah tentang :

HASRAT DUA SAHABAT TERCAPAI

dan...

HOT NEWS!!

Cerita pasal HASRAT DUA SAHABAT TERCAPAI tu memang idea ori aku. Takde main copy and paste dari mana-mana berita tau! Tu la, time ada idea, gambar camtu pun leh jadi macam berita kat surat khabar, hehe..

Aku berharap, sama-samalah kita memeriahkan blog ni. Tanpa sokongan dari kawan-kawan, takde maknayer blog ni. Terima kasih kepada yang selalu bertandang ke sini.

Ehm, semoga Allah terus memberi kekuatan kepada aku dan Cik Putih untuk terus mengendalikan blog ni. Insyaallah, blog ni akan terus mekar dan berkembang di alam maya demi meneruskan kelangsungan survival MATH-PA!

Selasa, 19 Mei 2009

ASRAL TELAH DITEMUI! HEHE...

Akhirnya aku berjaya menemui Asral setelah dia menghubungi aku melalui mesej di Friendster. Ni ada gambar yang berjaya aku cilok dari Friendster di. Ehm, boleh la melepaskan rindu kat Asral bagi sapa yang dah lama tak tengok dia, hehehe...



Nak tgk gambar Asral lagi? Klik kat sini ya!

Jumaat, 15 Mei 2009

CIK YAN DAPAT BABY LAGI!

Alhamdulillah, bertambah umat Muhammad S.A.W atas bumi ni bila Cik Yan dikurniakan cahaya mata pada Isnin lepas. Kali ni dapat anak perempuan. Rasanya yang sulung dulu pun perempuan.

Sapa yang berhajat nak berbesan ngan Cik Yan, leh la cop cepat2. Tak gitu Cik Yan? hehe..

Siti Zafira Munawwarah...Seindah namanya. Selamat datang ke dunia yang penuh cabaran ini. Semoga diberkati hidupmu dan dijadikan muslimah solehah oleh-Nya.

Sabtu, 11 April 2009

YAHOO!!!!! AKU DAH KONVO

Ketika menerima ijazahku dari Pro Canselor UTM



Gaya berjalan seorang graduan, hehehe. Ok tak?

Isnin, 2 Mac 2009

JANGAN BERASMARA DEPAN ANAK!

Artikel ni mungkin akan meninggalkan kontroversi. Tapi atas alasan kemaslahatan ummah, rasanya ia perlu diterima dengan positif dan berlapang dada. Tak payahlah nak cerita panjang-panjang. Silalah baca sendiri ye!

KUALA LUMPUR: Sikap sesetengah pasangan suami isteri yang melakukan seks di depan anak berusia antara empat hingga tujuh tahun dikesan antara faktor menyumbang kepada peningkatan 80 peratus pendedahan seks kanak-kanak dan remaja yang kini dianggap berada pada tahap membimbangkan... Klik la kat sini untuk meneruskan bacaan anda!

Moral : Jangan kantoi depan anak-anak walaupun mereka baru berumur dua bulan!