Ahad, 18 November 2007

PROTON NAK KELUAR MODEL BARU?!






Masa aku merayap-rayap di alam siber ni, tetiba aku terjumpa cerita ni. Proton nak keluarkan model baru nak ganti model SAGA. Ala, model kete kebal, hehe:)


Ni gambar yang aku dapat. Apa pendapat korang semua? Cun tak model baru ni?

Selasa, 13 November 2007

RAKAMAN PERHIMPUNAN BERSIH : Al-Jazeera

Oleh kerana baru2 ni ada perhimpunan bersih. Jadi aku bagi peluang sapa yang tak leh ke sana tengok rakaman yang dibuat oleh TV Satelit Al-Jazeera ni. Selamat menonton, dan fikirkan apakah human right di Malaysia.



Kat bawah ni pula adalah gambar yang diambik semasa perhimpunan tu berlangsung.

Isnin, 5 November 2007

GOOD LUCK FOR YOUR EXAM!

Diucapkan selamat berjaya kepada semua yang akan menempuhi exam!

Semoga kita semua mendapat kejayaan yang gilang gemilang...
Insyaallah...

Khamis, 1 November 2007

RELEKS JAP

Alkisah, seorang pemuda miskin bernama Kamil, berasal dari Pontian, Johor. Keluarganya hanyalah keluarga sederhana sahaja. Ayahnya pula tiap-tiap hari bekerja sebagai tukang jahit di kampungnya. Atas usahanya yang gigih dalam pelajaran, Kamil berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke UTM walaupun dengan perbelanjaan seadanya.
Semasa semester 3 di kampus, Jamil jatuh hati pada seorang gadis bernama Sofea Aliya, juga sama-sama kuliah di fakulti yang sama. Sofea adalah seorang anak tokoh korporat ternama di daerah Johor Baru dalam masa yang sama dia juga masih berketurunan diraja. Walaupun secara ekonomi, mereka jauh berbeza,namun itu tidak menghalang keduanya untuk saling mencintai.

Ayah Sofea yang mengetahui putrinya begitu mencintai pemuda dari keturunan biasa, tak mampu mencegah gelora cinta anaknya. Maka setelah keduanya lulus, pernikahan keduanya pun diselenggarakan dengan meriah. Ayah Kamil yang tak punya banyak harta, hanya dapat memberikan bantuan sumbangan pakaian, langsir,sarung bantal, yang semuanya dibuat dan dijahit sendiri khas untuk pernikahan anaknya. Bahagiakah Sofea bersanding dengan Kamil?

Tibalah saatnya malam pengantin tiba. Mereka pun memasuki peraduan dengan bahagia. Namun, ketika Jamil membuka pakaiannya dan tinggal hanya memakai seluar dalam, berteriaklah Sofea dengan kuat, sebelum akhirnya pengsan tak sedarkan diri. Kamil masih dalam kebingungan dan tidak tahu kenapa isterinya histeria dan pengsan. Dilihatnya seluar dalam yang dipakai. Aduh !!!, Kamil lupa yang seluar dalam itu dijahit oleh ayahnya, dibuat dari kain bekas bungkus tepung gandum. Di tengah seluar dalam itu masih terpampang jelas tulisan,"BERAT BERSIH 25 KG".
Sudah tentu Sofea terus pengsan melihatnya. Sofea tidak dapat membayangkan seberapa besar isinya dengan berat sebegitu. Serius sangat membacanya.Gelaklah sikit,mmuhahahahah...ha... ha... ha....!!
p.s : pelajari cara bagaimana nak kumpul duit dengan cepat untuk berkahwin! Klik kat sini.