Ahad, 17 Februari 2013
ENTRY PERTAMA 2013
Dah masuk bulan Februari dah sekarang ni. Rasanya ni entry yang pertama untuk tahun 2013. Harap-harap semua dapat menjalankan tugas baik. Semoga tugasan kita mendidik anak bangsa dikira sebagai amalan jariah untuk dibawa mengadap Allah SWT.
Selamat bertugas!
Isnin, 14 November 2011
WAKTU KERJA 9 JAM : Apa Kata Anda?
Rasanya dah ramai yang tahu KPM sekarang dalam proses nak laksanakan kajian rintis tentang waktu kerja 9 jam untuk guru-guru. Tak semua negeri yang terlibat dalam kajian. Hanya beberapa buah negeri je. Dalam negeri yang terlibat ni pulak, tak semua sekolah yang akan jadi bahan kajian. Sekolah-sekolah yg tertentu sahaja. Di antara yang terlibat adalah sekolah aku.
Walau pun masih diperingkat kajian rintis, rungutan dah mula kedengaran sana-sini. Ya, prosesnya masih belum diperincikan. Tapi, pelbagai persoalan dah mula timbul terhadap implikasi perlaksanaannya yg dijangkakan akan dimulakan pada Januari depan.
Di antaranya, apakah akan terjadi terhadap kegiatan ko-korikulum pada sebelah petang? Sedangkan guru-guru hanya akan 'check out' dari sekolah kira-kira 4.30 petang. Adakah sekolah sudah mempunyai prasarana yg mencukupi untuk membolehkan kajian ini dilaksanakan dengan baik?
Kalau diikutkan waktu rasmi guru-guru berada di sekolah adalah sekitar 6 jam. Namun, harus barang diingat bahawa kerja kita tak habis di pintu pagar sekolah. Ramai yang mengelek buku, kertas ujian, buku rekod mengajar dan tak kurang data-data yg ada dalam komputer riba untuk disiapkan di rumah. Tak cukup dengan itu, sebelah petang kita juga terlibat dengan kegiatan ko-kurikulum terutama di awal tahun.
Hitung kasar, jumlah jam kita bekerja adalah sama dengan kakitangan awam lain yang bekerja dalam pejabat. Cuma, cara kita bekerja adalah berbeza dengan mereka.
Bukan niat kita nak merungut tak tentu pasal. Cuma sebagai manusia, kita juga mempunyai keperluan-keperluan yang perlu dipenuhi seperti orang lain. Tak adil jika mengatakan tugas seorang guru adalah mudah jika hanya dinilai dari 'luar'.
Apapun, diharapkan guru tak akan diperlakukan seperti tikus putih yang sering dijadikan bahan kajian di makmal!
Khamis, 23 Jun 2011
BICARA HIKMAH BUAT PEJUANG

"Ketika Islam berada di puncak kemenangan, kita tidak mendabik dada, ketika Islam kalah kita tidak menitiskan air mata, itulah iqrar seorang pejuang, dunia diburu akhirat dijunjung.."
"Perjuangan secebis jihad terkadang meruntun rasa sekeping hati. Namun tiap kali kegetiran melanda, tika itulah kita kembali mengenali hakikat, kitalah pejuang sebenarnya.."
"Mereka berjuang sering kali menangis lemah di sisi Allah, tetapi Allah kuatkan mereka di sisi manusia, berjuang demi Allah, bahagialah hati meskipun goyah, kerana itulah perjuangan kekasih Allah dan landasan ke jannahNya.."
Khamis, 19 Mei 2011
SELAMAT HARI GURU
Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan 'Selamat Hari Guru' kat semua kengkawan. Pejam celik, pejam celik dah hampir 8 tahun kita menyambut hari guru sebagai seorang guru. Mungkin ada antara kita pernah mendapat hadiah paling istimewa dari student. Tapi, setakat ni xde lagi yang dapat hadiah handphone blueberry ataupun laptop. Apatah lagi nak dapat Ferrari, hohoho =)Cuma yang terbaru mungkin la hadiah yang maha 'terkezut' dari Pak Najib untuk semua warga pendidik. Aku sampai la ni duk terkejut tak kebah-kebah lagi, hahaha.
Apa-apa pun, tanggungjawab sebagai 'pendita' akan tetap diteruskan. Yelah, guru kan 'Penjana Transfomasi Pendidikan Negara'. Ingat ye, bukan penjana kuasa elektrik hidro ataupun penjana kuasa bebas (IPP), hehehe..
Guru adalah Transfomer - Aku la kata...
Rabu, 20 April 2011
AL-QURAN MENJAWAB KELUHAN MANUSIA
Manusia Bertanya : Kenapa aku diuji?
Al-Quran Menjawab :
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Lihat Surah Al-Ankabuut : 2).
“Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta”. (Lihat Surah Al-Ankabuut : 3)
Manusia Bertanya : Kenapa aku tidak diuji sahaja dengan perkara-perkara yang baik?
Al-Quran Menjawab :
“…boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”. (Lihat Surah Al-Baqarah : 216)
Manusia Bertanya : Kenapa aku diberi ujian seberat ini?
Al-Quran Menjawab :
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya……….” (Lihat Surah Al-Baqarah : 286)
Manusia Bertanya : Bolehkah aku kecewa?
Al-Quran Menjawab :
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman”. (Lihat Surah Ali Imraan : 139)
Manusia Bertanya : Bolehkah aku berputus asa ?
Al-Quran Menjawab :
“…dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir”. (Lihat Surah Yusuf : 87)
Manusia Bertanya : Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?
Al-Quran Menjawab :
“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung”. (Lihat Surah Ali Imraan : 200)
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”. (Lihat Surah Al-Baqarah : 45)
Manusia Bertanya : Bagaimana menguatkan hatiku?
Al-Quran Menjawab :
“….Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan melainkan Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal…….” (Lihat Surah At-Taubah : 129)
Manusia Bertanya : Apa yang ku dapat dari semua ujian ini?
Al-Quran Menjawab :
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka……….” (Lihat Surah At-Taubah : 111)
Wallahualam.
kredit: www.isuhangat.net
Khamis, 24 Mac 2011
Cara Kekalkan Kasih Suami
Tanggungjawab mungkin boleh diserahkan kepada pembantu rumah jika anda terlalu sibuk tetapi bagaimana dengan suami?
Bukan sedikit cerita suami mengadakan hubungan sulit dengan pembantu rumah gara-gara kelalaian isteri tidak melayan suami dengan baik.
Justeru, bagi mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga, di sini diberi 15 panduan lagi bagaimana isteri boleh memikat hati suami.
* Jika marah, tunggu sehingga sejuk. Bila sudah sejuk, beritahulah suami apa yang
menganggu fikiran secara sopan. Jangan salahkan suami.
* Apabila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya. Jika boleh, hentikan apa sahaja tugas
yang sedang dilakukan.
* Bila memesan barang kepada suami ke kedai, senaraikan di atas kertas. Jangan biarkan
suami ke kedai dua kali.
* Tanya suami bila dia mahu berehat atau tidur.
* Peluk suami dengan kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.
* Telefon suami di tempat kerja jika perkara itu penting. Telefon dengan kerap jika suami
suka.
* Jika suami perlu menjauhkan diri sekali sekala, tanya bila dia akan pulang.
* Jangan ganggu suami jika asyik melakukan sesuatu.
* Apabila suami marah, jangan menjawab. Tunduk dan diam walaupun kita tidak salah.
Terangkan keadaan sebenar apabila suami sudah tenang.
* Apabila meminta bantuan suami, terangkan kepada suami kerja rumah yang memerlukan
bantuannya, pilih kerja yang suami suka dan jangan suka mengarah. Gunakan perkataan
yang sesuai dan lemah lembut.
* Pesan kepada suami supaya menelefon ke rumah jika dia bertugas di luar. Jangan pula
melenting jika dia terlupa berbuat demikian, beritahu dia yang anda cuma risau.
* Sentiasa kemas, anggun dan menggunakan wangian sebelum tidur bersama.
* Sokong pendapat suami walaupun kadangkala pendapatnya berbeza dengan orang lain.
* Bila keluar berkereta, jangan ganggu suami yang memandu. Jangan menunjuk-nunjuk jalan
selagi suami tidak meminta berbuat demikian. Jangan berleter apabila suami tersalah jalan,
bersangka baik apabila tersesat jalan.
* Peluk dan belai suami sekali sekala tanpa impian seksual.
Sumber : Facebook Prof Zuraidi Komari
Khamis, 30 September 2010
PETUA MELAHIRKAN GENERASI ULUL ALBAB
Setiap orang tua pasti menginginkan buah hatinya menjadi anak yang soleh dan solehah. Anak soleh-solehah merupakan harta yang paling berharga bagi orang tua. Untuk mendapatkan semua itu, tentu harus ada kesungguhan yang tinggi dari orang tua dalam mendidik anak....klik kat sini untuk baca artikel ni.
Isnin, 19 Julai 2010
TAZKIRAH BUAT SEMUA
Lidah bukan sahaja boleh mengungkapkan rasa syukur atas kebesaran Allah s.w.t, malah boleh disalahgunakan dengan pelbagai cara seperti pendustaan atau pembohongan, buruk sangka, permusuhan, fitnah, mencarut, mencela, mengutuk, bertelingkah, mengumpat, melaknat dan membicarakan sesuatu dalam keadaan kesat, kasar dan penuh dengan kesombongan.
Dalam era teknologi maklumat seperti sekarang, ramai antara kita yang tak guna lidah untuk mengkeji dan menjatuhkan aib seseorang. Tetapi digunakan cara seperti melemparkan komen yang menyakitkan hati di Facebook atau ruang chat. Walau apapun caranya, dosa tetap dosa.
Ingatlah, dosa kita terhadap Allah boleh terampun jika bertaubat secara langsung dengan taubat nasuha. Tapi, dosa sesama insan tidak akan terampun selagi tidak mendapat kemaafan dari orang yang kita cela atau orang yang kita sakiti hatinya. Hanya di padang mahsyar nanti ia akan diperhitungkan.
Renungkan sabda baginda ini :
Daripada Abdullah bin ’Amar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang Islam yang sebenarnya ialah orang yang mana orang-orang Islam yang lain terpelihara daripada gangguan lidah dan tangannya dan orang yang sebenarnya berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah”
Semoga kita sama-sama beroleh faedahnya dari posting kali ini. Mohon maaf kalau ada yang terasa. Hanya ni caranya untuk aku hentikan komen-komen yang menyakitkan hati. Aku tahu, banyak komen yang ditujukan kat aku. Dan komen-komen tu mengaibkan aku.
Sebagai manusia yang ada hati dan perasaan, jujur aku katakan bahawa aku tersinggung dan terguris dengan komen melampau seperti itu. Sudahlah begitu, baling batu sembunyi tangan pula. Maaf sekali lagi!
Jumaat, 14 Ogos 2009
TAHNIAH, WAK SAN!
Seorang lagi warga Math-PA iaitu Wak San dengan rasmi bergelar guru DG41 (walaupun tak lantik lagi), setelah dianugarah Ijazah Sarjana Muda dalam Konvokesyen UPM baru-baru ni.
Tahniah kepada Wak San. Kawan-kawan yang lain yang masih berusaha diucapkan selamat berusaha dan selamat maju jaya ye. Study rajin-rajin tau, hehehe.
Yang dah abis, tapi tak konvo lagi tunggula giliran korang pulak. Terutamanya Deqwan, hehehe..
Hari ni, hari Wak San. So Wak San, enjoy your day and congratulation!
Jumaat, 10 Julai 2009
Jumaat, 3 Julai 2009
Jumaat, 26 Jun 2009
Suami, isteri dan dot dot dot...
Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumahtangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.
Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumah. Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan.
Berbanding wanita.. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan. Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!
Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka.
Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.
Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah..
Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang slim dan masih tampan.
Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.
Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si isteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini. Jadi awasilah dengan penampilan anda.
Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup.
Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan. Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi.
Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga, buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.
Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air mani isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini. Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang.. Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan.
Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab.
Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai. Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang atau yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan.
Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yang telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berperut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan pemakanan sihat sekeluarga.
Sabtu, 7 Mac 2009
ISU PPSMI: PENDAPAT ANDA?

Sekarang ni tengah kecoh pasal pengajaran Math dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Ramai yang tuntut supaya pengajarannya dikembalikan dengan menggunakan Bahasa Melayu semula.
Secara peribadi la aku nak tanya pendapat korang semua, setuju tak dasar PPSMI ni dimansuhkan? Ke korang tak kisah. Janji tiap-tiap bulan masyuuuk 10%.
Takper, kita bincang sesama kita.
Ni aku ada jumpa yang mendakwa ramai dikalang Profesor yang tak setuju dengan dasar ni. Kalau tak percaya, cuba klik kat sini.
Kalau la profesor-profesor pun tak setuju, camner dengan kita? hehe..
UPDATE TERKINI PERHIMPUNAN BANTAH PPSMI - (7 Mac 2009 jam 3 petang)
Ni gambar yang aku perolehi. Kelihatan Sasterawan Negara, Dato' A.Samad Said turut serta dalam pehimpunan aman. Tengok, orang bahasa pun tentang PPSMI ni. Takkan kita nak sokong plak dasar walaupun kita digelar perlaksana dasar?
Lu pikir la sendiri!