Sabtu, 29 Mac 2008

OH...RINDUNYER!


Cuba tengok gambar ni. Apa yang korang paling ingat bila tengok gambar ni?
Ehmmm...Bila tengok gambar ni, teringat kat sana. Naik kete sewa (masa tu aku takde lesen lagi, Padayapa yang bawak) pi Kuala Terengganu, hehehe..

Lepas tu, lalu ikut jambatan Sultan Mahmud, dan nampaklah panorama kat atas. Ohhhh...rindunyer. Kedamaian Bukit Besar selalu menggamit aku ke sana. Bilakah aku akan ke sana lagi? Terengganuuuuuuuuuu....tungguuuuuuuu...Aku cabar kauuuuu!hehe..macam KL Menjerit daaaa....( Ayat En Sefai).

Rabu, 26 Mac 2008

BARISSSSSS!!! BARIS SEDIA!

Hari ni kita akan nyanyi 3 buah lagu. Lagu Maktab, lagu Kami Guru Malaysia dan Lagu Negeri Terengganu. 1, 2, mula.....

Lagu Maktab...

Maktab Perguruan
Kuala Terengganu
Di sini tempat kami
Berkumpul dan bertemu

Megah tegak terbina
Lahirkan pendidik bangsa
Tanpa bosan dan jemu
Mencurah segala ilmu

Guru pendidik bangsa
Itulah pegangan kita
Rajin tekun berusaha
Hingga tercapai cita

Maju MPKT
Majulah ke hadapan
Teruskan usaha mulia 2X
Lahirkan guru berjaya 2X


Lagu Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan 2X

Errr,,aku lupala lirik Lagu Terengganu,huhu :-(. Fahmi dengan Mekna leh tolong nyanyikan tak?hehe...

P.S : Haii..teringat lagi time kena berbaris pakai baju St John Ambulans.

Selasa, 18 Mac 2008

DATO' RAZALI ISMAIL JADI TIMBALAN MENTERI PELAJARAN

Dato' Haji Razali Ismail

Tadi masa aku duk tengok berita tentang perlantikan menteri kabinet baru Kerajaan Malaysia, ada satu kementerian yang agak menarik perhatian aku iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia. Perlantikan ni adalah rutin biasa selepas menjalani pilihanraya. Banyak jugak kementerian yang dibubar menjadi satu kementerian. Camtu jugak beberapa kejutan!

Salah satunya adalah perlantikan Dato' Hj Razali Ismail (bekas Pengetua maktab kita) sebagai Timbalan Menteri Pelajaran. Beliau terpilih selepas berjaya mengekalkan kedudukan sebagai Ahli Parlimen KualaTerengganu selepas mengalahkan Tuan Haji Mohamad Sabu pada pilihanraya baru ni.

Kita berharap dia dapat menjalankan tugas dengan baik, amanah dan bebas dari amalan kronisme serta nipotisme, insyaallah. Beliau sendiri pernah sebut masa menyampaikan kuliah 7 minit selepas zohor masa kita kat maktab dulu. Beliau kata, kita mesti jadi orang yang bersih, maju dan wibawa (BMW). Semoga beliau dapat kotakan kata-katanya ketika menjawat jawatan tertinggi ini- BMW!

Khamis, 13 Mac 2008

ABAH SEMASA PENAMAAN CALON

Cuba cari, kat mana Abah kita? Tuuuuu dia. Hahaha..Korang memang terer. Gambar ni telah di sent oleh fahmi kat aku baru-baru ni. Ia telah dirakam semasa hari penamaan calon Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Datuk Mustafa Ali semasa pilihanraya umum baru-baru ni. Untuk pengetahuan, abah adalah adik kepada Datuk Mustafa Ali, pengarah pilihanraya PAS Pusat.

Abah teruskan perjuangan! Anak-anak didikmu sentiasa mendoakan kejayaan mu..

Rabu, 5 Mac 2008

EH! BETUL RUPANYA ANWAR TAK BERSALAH?

Masa aku merayap-rayap dalam youtube.com, tetiba aku terjumpa video ni. Bukan niat nak buka cerita lama, tapi apa salahnya direnungi apa yang terjadi buat pedoman. Bukankah kita nanti dipersoalkan apa yang kita lakukan di padang mahsyar? Ini baru pendedahan di dunia, bukan akhirat lagi. Fikir-fikirkanlah.....Selamat menonton!

EPILOG CINTA DI FELDA JERANGAU

Al-kisah, bermulalah epilog sebuah cinta nunnnnnnnnn jauh di Hulu Terengganu. Bertemu, berjumpa dan akhirnya melahirkan benih-benih cinta dalam ikatan yang qudus. Dan kini, cinta itu terus mekar melahirkan tunas-tunas baru yang akan mewarisi tanah air tercinta.....

Ikan di laut asam di darat....
Dalam periuk bikin muafakat....