Jumaat, 14 Disember 2007

RM250 setahun vs RM250 sebulan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tak berapa lama lagi kita akan menyambut ketibaan 10 Zulhijjah, menandakan sambutan perayaan Hari Raya Aidil Adha. Sambutan yang bertitik tolak daripada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail a.s. Mengambil roh daripada pengorbanan itu, kita seharusnya menjadikan ianya iktibar dan panduan dalam kehidupan.

Ibadah Korban

Menjelang 10 Zulhijjah, telah menjadi tradisi sejak zaman berzaman ibadah korban dilakukan. Ibadah yang besar pahalanya di sisi Allah s.w.t. Korban merupakan satu menifestasi menyatakan kesanggupan kita untuk melakukan pengorbanan yang akan kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Menurut apa yang dipelajari oleh saya sejak kecil, binatang yang kita korbankan akan menjadi kenderaan apabila di mahsyar kelak. Namun, ramai yang masih berkira untuk mengorbankan sedikit harta untuk kepentingan sendiri di akhirat.

RM250 setahun vs RM250 sebulan

Jika hari ini, kita sebenarnya lebih sanggup mengeluarkan RM250 sebulan untuk kenderaan di dunia berbanding hanya RM250 setahun untuk dijadikan korban sebagai kenderaan di akhirat. Secara mudahnya beginilah. Katakan kita membeli sebuah kereta Kancil yang mana setiap bulan perlu membayar ansuran sebanyak RM250. Bermakna RM250 x setahun = RM3000.Itu baru ansuran bulannya sahaja belum dicampur dengan road tax, kos penyelenggaraan dan petrol. Untuk apa? Ya, untuk kenderaan di dunia.

Lihat, nilai yang berganda berbanding pengorbanan yang perlu dikeluarkan untuk negeri akhirat. Apakah menjadi suatu yang terlalu berat nak keluarkan sebanyak RM250 setahun atau sekali seumur hidup? Padahal bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri jugak.

Jadi marilah kita bersama-sama menjadikan ibadah korban ini sebagai satu 'perlaburan' yang menguntungkan. Suatu perlaburan yang dijamin untung lebih daripada 100%! Kepada sesiapa yang masih belum melakukan ibadah korban ni, daftarlah sekarang. Kerana mungkin kita tak akan berjumpa lagi dengan 10 zulhijjah pada tahun hadapan.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha..

Ahad, 18 November 2007

PROTON NAK KELUAR MODEL BARU?!






Masa aku merayap-rayap di alam siber ni, tetiba aku terjumpa cerita ni. Proton nak keluarkan model baru nak ganti model SAGA. Ala, model kete kebal, hehe:)


Ni gambar yang aku dapat. Apa pendapat korang semua? Cun tak model baru ni?

Selasa, 13 November 2007

RAKAMAN PERHIMPUNAN BERSIH : Al-Jazeera

Oleh kerana baru2 ni ada perhimpunan bersih. Jadi aku bagi peluang sapa yang tak leh ke sana tengok rakaman yang dibuat oleh TV Satelit Al-Jazeera ni. Selamat menonton, dan fikirkan apakah human right di Malaysia.



Kat bawah ni pula adalah gambar yang diambik semasa perhimpunan tu berlangsung.

Isnin, 5 November 2007

GOOD LUCK FOR YOUR EXAM!

Diucapkan selamat berjaya kepada semua yang akan menempuhi exam!

Semoga kita semua mendapat kejayaan yang gilang gemilang...
Insyaallah...

Khamis, 1 November 2007

RELEKS JAP

Alkisah, seorang pemuda miskin bernama Kamil, berasal dari Pontian, Johor. Keluarganya hanyalah keluarga sederhana sahaja. Ayahnya pula tiap-tiap hari bekerja sebagai tukang jahit di kampungnya. Atas usahanya yang gigih dalam pelajaran, Kamil berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke UTM walaupun dengan perbelanjaan seadanya.
Semasa semester 3 di kampus, Jamil jatuh hati pada seorang gadis bernama Sofea Aliya, juga sama-sama kuliah di fakulti yang sama. Sofea adalah seorang anak tokoh korporat ternama di daerah Johor Baru dalam masa yang sama dia juga masih berketurunan diraja. Walaupun secara ekonomi, mereka jauh berbeza,namun itu tidak menghalang keduanya untuk saling mencintai.

Ayah Sofea yang mengetahui putrinya begitu mencintai pemuda dari keturunan biasa, tak mampu mencegah gelora cinta anaknya. Maka setelah keduanya lulus, pernikahan keduanya pun diselenggarakan dengan meriah. Ayah Kamil yang tak punya banyak harta, hanya dapat memberikan bantuan sumbangan pakaian, langsir,sarung bantal, yang semuanya dibuat dan dijahit sendiri khas untuk pernikahan anaknya. Bahagiakah Sofea bersanding dengan Kamil?

Tibalah saatnya malam pengantin tiba. Mereka pun memasuki peraduan dengan bahagia. Namun, ketika Jamil membuka pakaiannya dan tinggal hanya memakai seluar dalam, berteriaklah Sofea dengan kuat, sebelum akhirnya pengsan tak sedarkan diri. Kamil masih dalam kebingungan dan tidak tahu kenapa isterinya histeria dan pengsan. Dilihatnya seluar dalam yang dipakai. Aduh !!!, Kamil lupa yang seluar dalam itu dijahit oleh ayahnya, dibuat dari kain bekas bungkus tepung gandum. Di tengah seluar dalam itu masih terpampang jelas tulisan,"BERAT BERSIH 25 KG".
Sudah tentu Sofea terus pengsan melihatnya. Sofea tidak dapat membayangkan seberapa besar isinya dengan berat sebegitu. Serius sangat membacanya.Gelaklah sikit,mmuhahahahah...ha... ha... ha....!!
p.s : pelajari cara bagaimana nak kumpul duit dengan cepat untuk berkahwin! Klik kat sini.

Sabtu, 20 Oktober 2007

PELAJARI CARA BAGAIMANA MENJANA WANG DI INTERNET


Kalau tengok tajuk kali ni mesti ada yang anggap ni skim cepat kaya, perlaburan internet dan yang sewaktu dengannya. Tapi apa yang anda fikirkan adalah SILAP! Ni bukan sama sekali seperti apa yang anda semua sangkakan. Program ni adalah berkonsepkan usaha+sedikit modal=Dapat Wang. Macam perlaburan internet, anda hanya perlu laburkan duit, kemudian duduk diam-diam dapat duit. Tapi yang ni bukan sama sekali! Gilalah!Mana ada duk rileks, terus dapat duit. Islam pun suruh umatnya berusaha dengan cara yang halal.

Apa yang saya cuba ketengahkan adalah satu bentuk peluang menjana WANG dengan Syarikat Gergasi IT dunia! Iaitu GOOGLE, sebuah enjin pencarian yang popular di internet selain yahoo. Saya tak nak bercakap panjang, jika berminat sila klik link kat bawah ini untuk mendapatkan panduan bagaimana menjana wang dengan GOOGLE ni. Anda klik link di bawah, kemudian buat pertimbangan sendiri.. Memang tak rugi! Dah ramai yang memang buat duit dengan GOOGLE. Tak caye klik la link kat bawah ni...

http://www.rajaadsense.com


Cuba kita fikirkan sejenak...

PM cakap harga minyak tidak akan dinaikkan SEHINGGA KE HUJUNG TAHUN NI. Maksudnya, kebarangkalian nak naik ada lagi... :-(

Samy Vellu cakap, harga tol akan disemak setiap tiga tahun. Maknanya tol akan naik, naik, naik dan naik lagiiiii!!!!

Barang-barang keperluan naik gak bila minyak dan tol naik! Berita yang paling menyakitkan hati bila dengar,huhu....


Ehmm,pendek kata hujan jer yang turun. Dah naik tak reti nak turun pulak tu.


Alangkah baiknya jika ada peluang boleh buat duit secara halal dan sah disisi undang2 macam ni. Tak perlu menjual, menaja, maintain dan sakit kepala. So, apa kata kita pakat-pakat klik kat website ni. Tengok je, sekurang-kurangnya anda dapat informasi. Bukan kena bayar pun!

http://www.rajaadsense.com


p/s : Tiada paksaan, sapa nak tau try la klik. Free je, tak kena bayar sesen pun :-)

Khamis, 11 Oktober 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Assalamualaikum...

Semperna ketibaan syawal ni, marilah kita sama2 bermaaf-maafan..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Ahad, 30 September 2007

IKLAN RAYA PETRONAS

Hangpa ingat tak iklan raya ni? Iklan ni masa kita sem 3 kat MPKTBR..Masihkah kau ingat?! ombak jahat,ombak jahat :-)


http://www.youtube.com/watch?v=RL0vYUryDvQ

Sabtu, 29 September 2007

PROF MADYA DR. MOHD SANI TUHIMIH?!


Ehmm,apalah hangpa ni. Dalam duk kalut2 wat degree, waksan tetiba dah konvo terima degree..Eh, bukanlaaa, PhD soiuuuttt,hehehe...
Waksan,
Ko amik course apa?hehehe :-)

Jumaat, 28 September 2007

KAHWIN JUGAK MAT KIJING NI,HUHUHU


Haaa, ni dia Mat Kijing, sapa lagi kalu bukan fahmi. Alhamdulillah, kahwin jugok dia. Ingatkan nak terus jadi playboy seumur hidup.Apa kata orang, tetap dan berpencen...Jangan marah deh,hehe

Apapun diucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU"..semoga kekal sepanjang hayat hendaknya,aminn.

Dengan ni pihak jawatankuasa blog nak adakan pertandingan antara Fahmi dengan Cik putih. Sapa dulu yang dapat baby kira champions laa..Eh, tambah sorang lagi, Waksan pun boleh gak,hehe..Sapa kalah kena belanja.ha, apa lgi?! Pulun jangan tak pulun, kuang3...

Isnin, 24 September 2007

AKU MENULIS BUKAN KERNA NAMA...


Ehhmmmm,oleh kerana tak ada sapa nak publish gambar, biar akulah jelah yang publish. ni gambar aku dengan papa rock, Ramli Sarip...macho tak aku?heheehe :-)

Ahad, 16 September 2007

AKU YANG TER'PERSONA'



Apa pendapat korang dengan kete baru Proton ni? Aku rasa macam dah jatuh cinta laaa.. :-)

mana tau ada yang dah tukar dari Myvi ke Persona,hehehe..

Apa pendapat korang?

Khamis, 13 September 2007

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN EL-MUBARAK


Selamat menjalani ibadah puasa pada semua pengunjung blog ni...


"wahai orang2 yang beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kamu sebagaimana diwajibkan kepada umat yang terdahulu..."


Salam Ramadhan El-Mubarak

Sabtu, 4 Ogos 2007

DINO DAH JADI ABAH


Ni ada berita terbaru! Dino dah jadi abah..Isk, aku rasa macam baru jer lagi pi kenduri dia dulu. Ai, dah dapat baby rupanya...Isk,isk,issskkkkkkk...cepat sungguh. Bunting pelamin kot.Caya la Dino!hehehe...


Kat atas ni gambar anak dia la. Namanya MUHAMMAD MUNIF BIN MUKHRIZAL.DiLahirkan pada 2/8/07, hari khamis jam 6.30ptg.Berat semasa dilahirkan 4.44kg.Doktor yang sambut anak dia bagitau, masa dilahirkan baby ni tidoqqq ja sampai meleleh air liur.Sikit pun tak teriak.Ehmmm,macam abah dia.Aku tau la, dulu kat maktab bilik dia sebelah bilik aku jer..Anak abahhhhh...Dino, jangan marah noooo...


Apapun, tahniah diucapkan. Kepada yang dah lama kahwin tu bila lagi? Ai, tak berseri tak dak anak..Cepat-cepat la woii..Yang tak kahwin lagi, lain cerita,hehe


p.s : berita ini dibawakan khas oleh Cik Putih Da' Butik. Seputih sajlu diwajah...

Sabtu, 21 Julai 2007

TUUUU DIA! Best Wedding of The Year..




ha, ni lah dia perkahwinan paling gempak dalam dunia. mengalahkan perkahwinan siti&datuk k, hehehe..amboi-amboiiiiiiii...senyum sakan nooo..


ni sapa2 nak publish gambar mcm puan putih ni boleh la. dia send kat mr. admin blog ni guna mms jer...orang lain pun boleh..bak kata pak cik celcom, power is in your hands- kuasa di tangan anda!


mms gambar anda ke : 019-9111050 ( zuhairy a.k. Ba'e)

Rabu, 18 Julai 2007

INSAN HILANG SEDANG DICARI


anda kenal lelaki ini?


Nama timbangan : deqwan

Umur : unknown

Alamat terakhir : kuala ketil, kedah

Kes jenayah : tidak melaporkan diri dalam blog rasmi math-pa


jika terjumpa, laporkan segera ke talian 014-4444444. Dan bercakap dengan Inspektor Shahab...hehehehe

Rabu, 11 Julai 2007

BILA KITA NAK REUNION??!!!

haa, soalan ni dah lama aku terfikir. bila kita nak buat reunion? yela, dah dekat 5 tahun meninggalkan maktab. ada yang dah kahwin, dapat anak. mesti best kalau buat reunion..seronok gak tu. kita buat kat terengganu ke, ok gak! kalau ada cadangan leh la usulkan...

Rabu, 6 Jun 2007

FATIN NAJWA dah dapat bayi perempuan!

Salah seorang kawan kita dah dapat seorang bayi perempuan baru2 ni. Namanya Nur Ainin Sofea bt Muhd Badrul. Ingatkan nak ada nama Fatin gak,hehehe…. :-) Tahniah diucapkan…bertambahlah umat Nabi Muhammad kat dunia ni…

Harap-harap kalau dia baca artikel dalam blog ni, dapatlah send gambar untuk dikongsi. Setakat ni, blog ni, takleh upload gambar lagi. Sebab blogmaster tak habis belajar lagi,hehe…send gambar ke Zuhairy_gq@yahoo.com.

Selasa, 5 Jun 2007

SYUKUR NIKMAT, Gaji naik lagi....


ehmm, dah lama tak update blog ni. walaupun tak ramai lagi yang tau, takperlah...lama2 nanti ramai yang tau.


gaji dah naik siout!ehmm, dengar cerita ada yang dah rancang nak angkat viva plak..ok la tu..semoga berjaya.

Sabtu, 26 Mei 2007

DINO KINI MILIK ORANG!HUHUHU...


ha, ni gambar dino masa kenduri dia hari tu. aku tengok muka dia sedih ja. aku pikir2 dia dok tgh fikir pasal tanggngjawab kot,hehehe..huuu, banyak wo tanggngjwb jadi suami..bini dia dan cik putih kat sebelah tu biasala, dok control ayu..hehe..psssttttt, aku dengar cerita dia dah nak jadi abah dah..tererlah dino,hehe..orang baju unggu tu bila lagi?

Isnin, 14 Mei 2007

NAK SHARE GAMBAR ANDA UNTUK TATAPAN KAWAN2?

Ni ada satu offer yang tak patut dilepaskan. kepada sapa2 yang nak letak gambar dia dalam blog ni, bolehla send gambar melalui email ke : zuhairy_gq@yahoo.com
Kalau nak senang lagi, send jer MMS ke talian 0199111050. Ala, baru berapa sen send MMS? gaji dah naik, henpon pun ada kamera...time ni la nak guna teknologi.....

ok, jangan lupa!

Selasa, 24 April 2007

ADA CADANGAN NAK IMPROVE BLOG NI?

Kepada sapa2 yang ada idea nak improve blog ni, bolehla bagi komen dalam ruangan ni. almaklumlah, bolg ni baru jer dilahirkan. jadi, sapa2 yang ada idea boleh la bagi komen kat sini. Cik Putih! hang mesti ada idea, kan? insyaallah, blog ni akan di upgrade lagi dari masa ke semasa...tungguuuuu!!!!

SALAM DARI UTM.....


assalamualaikum...


apa khabar semua?terima kasih sebab sudi melawati blog yang tak seberapa ni. tujuan bolg ni dibangunkan adalah untuk mengumpulkan geng-geng kita yang telah lama terpisah dalam satu komuniti. jadi, blog ni adalah satu usaha sahaja..semoga kita dapat eratkan kembali hubungan yang telah lama terpisah. yelah, masing2 dah ada komitmen.kalau berkesampatan melayari internet, apasalahnya jengok2 blog ni... alamatnya : math-pa.blogspot.com...tu jer, bukan kena bayar pun!senang bukan?:-)


dengan adanya blog ni, kita leh berkongsi-kongsi cerita. mana tau nak cerita tentang dapat baby ker, nak kahwin ker, nak kahwin lagi satu ke..okla, alang2 dah masuk sini, tinggalkanlah comment anda. klik jer kat word "comment" di bawah artikel ni.jangan lupa tulis nama sekali..nanti tak kenal plak sapa. okla, salam hormat dari UTM....
P/S: Dino, tak mau letak gambar kahwin hang kat dalam blog ni? free jer, hehe...