Isnin, 23 Julai 2012
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK
Semoga kita semua beroleh rahmah, maghfirah dan dijauhkan dari api neraka, Insyaallah.
Isnin, 26 Mac 2012
RINDU NOK KECEK GANNU?
Isnin, 1 Ogos 2011
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak buat semua rakan-rakan. Semoga kehadiran ramadhan kali ini akan menguatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kehadrat Allah SWT. Bersama-samalah kita tingkatkan amalan di dalam bulan yang penuh barakah ni, Insya-Allah..
Sebagai penutup, marilah kita menghayati pesanan Rasulullah bersempena kedatangan bulan yang mulia ini...
Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup segala pintu Neraka dan diikat segala Syaitan. [Hadis dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi]
Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. [Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi]
Khamis, 23 Jun 2011
BICARA HIKMAH BUAT PEJUANG

"Ketika Islam berada di puncak kemenangan, kita tidak mendabik dada, ketika Islam kalah kita tidak menitiskan air mata, itulah iqrar seorang pejuang, dunia diburu akhirat dijunjung.."
"Perjuangan secebis jihad terkadang meruntun rasa sekeping hati. Namun tiap kali kegetiran melanda, tika itulah kita kembali mengenali hakikat, kitalah pejuang sebenarnya.."
"Mereka berjuang sering kali menangis lemah di sisi Allah, tetapi Allah kuatkan mereka di sisi manusia, berjuang demi Allah, bahagialah hati meskipun goyah, kerana itulah perjuangan kekasih Allah dan landasan ke jannahNya.."
Rabu, 20 April 2011
AL-QURAN MENJAWAB KELUHAN MANUSIA
Manusia Bertanya : Kenapa aku diuji?
Al-Quran Menjawab :
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Lihat Surah Al-Ankabuut : 2).
“Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta”. (Lihat Surah Al-Ankabuut : 3)
Manusia Bertanya : Kenapa aku tidak diuji sahaja dengan perkara-perkara yang baik?
Al-Quran Menjawab :
“…boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”. (Lihat Surah Al-Baqarah : 216)
Manusia Bertanya : Kenapa aku diberi ujian seberat ini?
Al-Quran Menjawab :
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya……….” (Lihat Surah Al-Baqarah : 286)
Manusia Bertanya : Bolehkah aku kecewa?
Al-Quran Menjawab :
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman”. (Lihat Surah Ali Imraan : 139)
Manusia Bertanya : Bolehkah aku berputus asa ?
Al-Quran Menjawab :
“…dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir”. (Lihat Surah Yusuf : 87)
Manusia Bertanya : Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?
Al-Quran Menjawab :
“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung”. (Lihat Surah Ali Imraan : 200)
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”. (Lihat Surah Al-Baqarah : 45)
Manusia Bertanya : Bagaimana menguatkan hatiku?
Al-Quran Menjawab :
“….Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan melainkan Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal…….” (Lihat Surah At-Taubah : 129)
Manusia Bertanya : Apa yang ku dapat dari semua ujian ini?
Al-Quran Menjawab :
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka……….” (Lihat Surah At-Taubah : 111)
Wallahualam.
kredit: www.isuhangat.net
Jumaat, 25 Mac 2011
HUKUM AKAD NIKAH DALAM MASJID
Diriwayatkan oleh al Baihaqi di dalam Sunan Kubra hadis no. 15095, diriwayatkan juga oleh at Tirmizi di dalam Sunan Tirmizi hadis no. 1009Imam at Tirmizi menyifatkan hadis ini sebagai Hadis Hassan Gharib.Syeikh Badruddin al ‘Aini menyatakan di dalam Umdatul Qari bahawa ia juga telah diriwayatkan oleh Ibnu Majah, an Nasa’ie dan at Thabrani mengikut sanad yang berbeza di dalam kitab masing-masing, dan lafaz yang berbeza-beza.
Klik di sini untuk membaca keseluran artikel
Khamis, 24 Mac 2011
Cara Kekalkan Kasih Suami
Tanggungjawab mungkin boleh diserahkan kepada pembantu rumah jika anda terlalu sibuk tetapi bagaimana dengan suami?
Bukan sedikit cerita suami mengadakan hubungan sulit dengan pembantu rumah gara-gara kelalaian isteri tidak melayan suami dengan baik.
Justeru, bagi mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga, di sini diberi 15 panduan lagi bagaimana isteri boleh memikat hati suami.
* Jika marah, tunggu sehingga sejuk. Bila sudah sejuk, beritahulah suami apa yang
menganggu fikiran secara sopan. Jangan salahkan suami.
* Apabila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya. Jika boleh, hentikan apa sahaja tugas
yang sedang dilakukan.
* Bila memesan barang kepada suami ke kedai, senaraikan di atas kertas. Jangan biarkan
suami ke kedai dua kali.
* Tanya suami bila dia mahu berehat atau tidur.
* Peluk suami dengan kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.
* Telefon suami di tempat kerja jika perkara itu penting. Telefon dengan kerap jika suami
suka.
* Jika suami perlu menjauhkan diri sekali sekala, tanya bila dia akan pulang.
* Jangan ganggu suami jika asyik melakukan sesuatu.
* Apabila suami marah, jangan menjawab. Tunduk dan diam walaupun kita tidak salah.
Terangkan keadaan sebenar apabila suami sudah tenang.
* Apabila meminta bantuan suami, terangkan kepada suami kerja rumah yang memerlukan
bantuannya, pilih kerja yang suami suka dan jangan suka mengarah. Gunakan perkataan
yang sesuai dan lemah lembut.
* Pesan kepada suami supaya menelefon ke rumah jika dia bertugas di luar. Jangan pula
melenting jika dia terlupa berbuat demikian, beritahu dia yang anda cuma risau.
* Sentiasa kemas, anggun dan menggunakan wangian sebelum tidur bersama.
* Sokong pendapat suami walaupun kadangkala pendapatnya berbeza dengan orang lain.
* Bila keluar berkereta, jangan ganggu suami yang memandu. Jangan menunjuk-nunjuk jalan
selagi suami tidak meminta berbuat demikian. Jangan berleter apabila suami tersalah jalan,
bersangka baik apabila tersesat jalan.
* Peluk dan belai suami sekali sekala tanpa impian seksual.
Sumber : Facebook Prof Zuraidi Komari
Selasa, 10 Ogos 2010
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

Kepada semua warga blog ni, diucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga kedatangan Ramadan kali ini membawa rahmat, barakah dan maghfirah buat kita semua.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 185 :
"Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil)."
Sabda junjungan besar Nabi Muhammad SAW pula :
“Betapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang yang berqiyam tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya kecuali hanya berjaga malam..” – Riwayat Ibnu Majah
Semoga Ramadan kali ini adalah yang terbaik untuk kita. Marhaban Ya Ramadhan Al-mubarak!
Isnin, 19 Julai 2010
TAZKIRAH BUAT SEMUA
Lidah bukan sahaja boleh mengungkapkan rasa syukur atas kebesaran Allah s.w.t, malah boleh disalahgunakan dengan pelbagai cara seperti pendustaan atau pembohongan, buruk sangka, permusuhan, fitnah, mencarut, mencela, mengutuk, bertelingkah, mengumpat, melaknat dan membicarakan sesuatu dalam keadaan kesat, kasar dan penuh dengan kesombongan.
Dalam era teknologi maklumat seperti sekarang, ramai antara kita yang tak guna lidah untuk mengkeji dan menjatuhkan aib seseorang. Tetapi digunakan cara seperti melemparkan komen yang menyakitkan hati di Facebook atau ruang chat. Walau apapun caranya, dosa tetap dosa.
Ingatlah, dosa kita terhadap Allah boleh terampun jika bertaubat secara langsung dengan taubat nasuha. Tapi, dosa sesama insan tidak akan terampun selagi tidak mendapat kemaafan dari orang yang kita cela atau orang yang kita sakiti hatinya. Hanya di padang mahsyar nanti ia akan diperhitungkan.
Renungkan sabda baginda ini :
Daripada Abdullah bin ’Amar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang Islam yang sebenarnya ialah orang yang mana orang-orang Islam yang lain terpelihara daripada gangguan lidah dan tangannya dan orang yang sebenarnya berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah”
Semoga kita sama-sama beroleh faedahnya dari posting kali ini. Mohon maaf kalau ada yang terasa. Hanya ni caranya untuk aku hentikan komen-komen yang menyakitkan hati. Aku tahu, banyak komen yang ditujukan kat aku. Dan komen-komen tu mengaibkan aku.
Sebagai manusia yang ada hati dan perasaan, jujur aku katakan bahawa aku tersinggung dan terguris dengan komen melampau seperti itu. Sudahlah begitu, baling batu sembunyi tangan pula. Maaf sekali lagi!
