Selasa, 23 November 2010

NORHAZILA DAPAT BABY LAGI

Kak Zila atau nama sebenarnya Norhazila selamat melahirkan seorang lagi cahaya mata pada 20 November yang lalu . Alhamdulillah, cukup produktif. Kali ni dia dikurniakan seorang bayi perempuan yg diberi nama Nur Arissa Huda.

Gambar baby Kak Zila yang dihantar oleh Cik Putih melalui MMS.

Semoga kelahiran ini membawa rahmat dan rezeki yang melimpah ruah untuk keluarga Kak Zila.

Lepas ni siapa pulak?Hehehe..

Khamis, 4 November 2010

PADAYAPPA DAPAT SECOND BABY ... senyap2 ja nooo.....


Senyap2 ja si padayappa@yusz ni dapat anak kedua....baby girl yg diberi nama Dhia Danisha...lahir pd 6 Oktober aritu...haha, so, dekwan n dino, pakatla lawan tender nk amik anak sapa wat menantu....hihihi....nway yusz, tahniah!!!!

Isnin, 1 November 2010

IJAH KINI BERGELAR IBU...


Semalam aku dapat SMS dari ijah. Dia bagitau dah dapat baby girl. Aku pun tanpa segan silu mintak dia send picture anak dia untuk dikongsikan dalam blog ni.

So, inilah dia hasil yg ijah dapat dari perkongsian hidup bersama suaminya, hehehe :-)

Tahniah buat Ijah sekeluarga atas anugerah ini. Semoga berbahagia dengan kelahiran ini.

Khamis, 30 September 2010

PETUA MELAHIRKAN GENERASI ULUL ALBAB

Oleh kerana ramai di antara kita yang dah mempunyai anak, kat sini aku postkan artikel tentang cara melahirkan anak yang sentiasa dekat dengan Al-quran. Seterusnya, menjadikan mereka generasi ulul albab. Bukan Ahmad Albab, hehehe..

Setiap orang tua pasti menginginkan buah hatinya menjadi anak yang soleh dan solehah. Anak soleh-solehah merupakan harta yang paling berharga bagi orang tua. Untuk mendapatkan semua itu, tentu harus ada kesungguhan yang tinggi dari orang tua dalam mendidik anak....klik kat sini untuk baca artikel ni.

Isnin, 27 September 2010

AIDILFITRI 2010








Baru dpt pic k.fatin, dino, fahmi, k.yandz n k.zila....yg lain dlm proses menjejaki heheh....

Sabtu, 28 Ogos 2010

SILA AMBIL IKHTIBAR ATAS APA YANG BERLAKU...Helah Menculik Kanak-Kanak Di Carrefour JB

Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja... Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu... Terima Kasih.

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.

SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !!!

(Sumber : Nor Zahidah Mustaffa , Facebook)

Khamis, 12 Ogos 2010

Selasa, 10 Ogos 2010

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA


Kepada semua warga blog ni, diucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga kedatangan Ramadan kali ini membawa rahmat, barakah dan maghfirah buat kita semua.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 185 :

"Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil)."

Sabda junjungan besar Nabi Muhammad SAW pula :

“Betapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang yang berqiyam tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya kecuali hanya berjaga malam..” – Riwayat Ibnu Majah

Semoga Ramadan kali ini adalah yang terbaik untuk kita. Marhaban Ya Ramadhan Al-mubarak!

Isnin, 19 Julai 2010

TAZKIRAH BUAT SEMUA

Kita selalu mendengar hadis dan peringatan junjungan besar kita agar selalu menjaga lidah. Imam al-Ghazali banyak sekali mengupas mengenai bahaya lidah. Dalam kitabnya lhya Ulumuddin, beliau memberikan tumpuan khusus mengenai bahaya lisan, atau perihal Iidah. Melalui keupayaan akal, manusia berucap atau mengeluarkan kata-kata melalui perantaraan lidah.

Lidah bukan sahaja boleh mengungkapkan rasa syukur atas kebesaran Allah s.w.t, malah boleh disalahgunakan dengan pelbagai cara seperti pendustaan atau pembohongan, buruk sangka, permusuhan, fitnah, mencarut, mencela, mengutuk, bertelingkah, mengumpat, melaknat dan membicarakan sesuatu dalam keadaan kesat, kasar dan penuh dengan kesombongan.

Dalam era teknologi maklumat seperti sekarang, ramai antara kita yang tak guna lidah untuk mengkeji dan menjatuhkan aib seseorang. Tetapi digunakan cara seperti melemparkan komen yang menyakitkan hati di Facebook atau ruang chat. Walau apapun caranya, dosa tetap dosa.

Gambar di atas : Salah satu komen provok yang diterima melalui ruangan chat di blog ini.

Ingatlah, dosa kita terhadap Allah boleh terampun jika bertaubat secara langsung dengan taubat nasuha. Tapi, dosa sesama insan tidak akan terampun selagi tidak mendapat kemaafan dari orang yang kita cela atau orang yang kita sakiti hatinya. Hanya di padang mahsyar nanti ia akan diperhitungkan.

Renungkan sabda baginda ini :

Daripada Abdullah bin ’Amar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang Islam yang sebenarnya ialah orang yang mana orang-orang Islam yang lain terpelihara daripada gangguan lidah dan tangannya dan orang yang sebenarnya berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah”

Semoga kita sama-sama beroleh faedahnya dari posting kali ini. Mohon maaf kalau ada yang terasa. Hanya ni caranya untuk aku hentikan komen-komen yang menyakitkan hati. Aku tahu, banyak komen yang ditujukan kat aku. Dan komen-komen tu mengaibkan aku.

Sebagai manusia yang ada hati dan perasaan, jujur aku katakan bahawa aku tersinggung dan terguris dengan komen melampau seperti itu. Sudahlah begitu, baling batu sembunyi tangan pula. Maaf sekali lagi!

Sabtu, 3 Julai 2010

AYAHANDA ERNY TELAH PULANG KE RAHMATULLAH

Salam buat semua..

Seluruh warga Math-PA mengucapkan takziah kepada Erny Yusniza dan Fairul Wazib atas kepulangan ayahandanya ke rahmatullah pagi tadi. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang soleh disisi Allah SWT.

Al-Fatihah

Rabu, 9 Jun 2010

RAJA SEHARI... BAE & IMAH











Kenduri sebelah Imah :

Pic2 ni aku cilok dr salah sorg member Bae (org temerloh panggil Hairy hehe) dlm facebook...bg sapa2 yg x bkesempatan ke kenduri sebelah pengantin pompuan d temerloh, tengokla wajah pengantin baru kita ni puas2...hehe...


Rabu, 19 Mei 2010

WALIMATUL URUS

Dengan penuh takzim, saya mempersilakan semua rakan-rakan untuk menghadiri ke Majlis Raja Sehari saya nanti. Maaf, mungkin ada yang tak dapat kad jemputan atas sebab-sebab tertentu. Jadi, jemputan melalui blog ini sebagai penggantinya. Jangan la tak datang disebabkan tak dapat kad..

Majlisnya nanti akan diadakan pada:

Tarikh : 14 Jun 2010
Hari : Isnin
Tempat : F-577 Kg Bukit, Sg Pasir, Sg Petani, Kedah ( Sila rujuk peta )

Turut mengundang seisi keluarga.



Kad kahwin


Peta ke rumah pengantin


Ahad, 9 Mei 2010

SELAMAT HARI IBU...!!!!



Khas buat smua kengkawan yg dah bergelar ibu atau bakal menjadi ibu...untuk bapa2, tunggu Jun nanti ye...hehehe....

Rabu, 28 April 2010

LELAKI SEJATI....

Kengkawan, sekadar utk renungan, bukan niat menunjuk pandai atau menuding jari pada sesiapa, tetapi hati ini terpanggil utk berkongsi sesuatu yg amat bermakna buat kita semua...aku dapat dr sebuah blog, dan aku hayatinya sampai sekarang...kengkawan, tak salah kiranya kita mengambil seminit dua dr masa kita utk menilai kembali, adakah kita benar2 paham apa itu LELAKI SEJATI...jika kita tergolong di dalam golongan ini, atau dikelilingi oleh insan2 seperti ini, amat beruntunglah kita...jom sama2 hayati kata2 di bawah :

Aku bertanya pada Ibu, siapakah lelaki sejati?

Ibu menjawab,

Nak...Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang di sekitarnya....


Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang,
tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran.....

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya,
tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa ...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan,
tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang,
tetapi dari hati yang ada dibalik itu...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja,
tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah barbel yang dibebankan,
tetapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku kehidupan...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari kerasnya membaca kitab suci,tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca (AMAL)...


Selasa, 20 April 2010

ALAMAT TERKINI KAWAN2 DIPERLUKAN

Assalamualaikum buat semua,

Buat warga Blog Math-PA,

Aku memerlukan alamat kalian. Untuk apa? Biasalah, nak bagi kad undangan la..Hehehe.
Tolong drop/tulis alamat korang kat post ni. Jasa baik kalian, didahulukan dgn ucapan ribuan terima kasih :-)

Selasa, 30 Mac 2010

Isnin, 22 Februari 2010

DAH SEPULUH TAHUN RUPANYA....

Sedar atau tak, dah 10 tahun persahabatan kita semua sejak ia mula berputik pada Januari, 2000. Skrg ni dah 2010. Pejam celik, pejam celik...oh, cepatnya masa berlalu.

Sepanjang 10 tahun, mcm2 benda dah berlaku..Saat mula kenal, saat belajar sekelas, saat menghadapi pahit manis bersama.. Oh, kenapa jiwangnya ayat ku malam ni???huhuhu

Apapun, semoga ukhwah ini terus kekal. Insyaallah, selagi aku masih berdaya, akan ku kerahkan segenap kudrat yang ada untuk menghubungkan kita semua melalui Blog ni.

P/S: Pesanan dari admin blog ni, 14 Jun ni jangan pi mana2 nooo...Nak tau apa? Tungguuuuuuuuuu, hehehe

Khamis, 7 Januari 2010

EN SEFAI JUSOH DITEMUI...


Sekali En. Sefai Jusoh (KJ Jabatan Math MPKTBR) terpampang muka dia dalam surat khabar daaa....
Klu korang tak percaya, tengok la gambar yg aku amik kat bawah ni daaaa..
Muka dia tak jauh berubah daaa...
Gambar ni aku amik dalam surat khabar Berita Harian yg bertarikh 7 Januari 2010 daaa..

Eh, berapa punya banyak daaaaa??????hehehe

Ahad, 3 Januari 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010


Selamat tahun baru buat semua. Semoga tahun baru lebih ceria, bahagia dan penuh dengan kemanisan walaupun tahun ini dijangka kurang manis kerana harga gula naik 20 sen, hehehe..

Apapun, selamat menempuh tahun baru 2010.