Memaparkan catatan dengan label wajah baru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wajah baru. Papar semua catatan

Khamis, 24 Februari 2011

SYUKUR ATAS KURNIAAN ALLAH

Selama ni aku tengok orang lain je bertukar status jadi ayah atau ibu. Hari ni giliran aku pulak. Lebih kurang jam 6.35 pg, 24 hb Februari 2011, aku dikurniakan seorang bayi perempuan.

Tak terkata apa, hanya bersyukur atas kurniaan yang berharga dari Allah SWT. Alhamdulillah !

Kali pertama memangku anak sendiri.



Saat pertama melihat dunia


Jumaat, 18 Februari 2011

DEQWAN PULAK DAPAT CAHAYA MATA

Fuh, sejak akhir-akhir ni entry blog ni banyak didominasi dengan cerita kawan-kawan yang baru mendapat cahaya mata. Tak kira anak yang pertama atau kedua atau ketiga. Dah macam blog baby la pulak, hohoho..Aku pun tak lama gak lagi nak tunggu kehadiran orang baru. Tengah tunggu hari gak ni, hehehe.. :-)

Apapun, tak jadi apalah. Ni jugak sebahagian kisah suka duka kawan-kawan kita yang boleh dikongsi bersama. Kisahmu kisahku jua, cheeewah!

Anak Deqwan yang terbaru...Dilahirkan pada pagi Jumaat, 18 Februari 2011 bersamaan 15 Rabiulawal 1432 hijrah.

Hari ni Deqwan pulak dapat baby baru. Baby boy! Wah, sekarang ni Deqwan dah ada 2 hero la. Heroin belum lagi. Tahniah Deqwan. Semoga kehadiran ahli baru akan membawa kebahagian, keberkatan dan limpahan rezeki dari Allah S.W.T.

Nampaknya Deqwan dan Dino sedang berlumba. Masing-masing dah ada 2 orang anak sambil diikuti rapat oleh Erny dan Ijah. Pa jugak tidak ketinggalan dalam persaingan ini. Jadi, sapakah yang akan menang? Kita tungguuuuuuu, hahahaha...

Selasa, 25 Januari 2011

KELAKIAN JIJIE TERBUKTI SUDAH!

Lagi berita kawan kita menimang cahaya mata. Yang terbaru Bro Jijie atau nama sebenarnya Khairul Azizi b. Yusoff. Aku dapat MMS ni dari Erny pagi tadi. Sehingga kini, bayi lelaki yang baru dilahirkan ni masih belum diberikan nama. Boleh la sesapa nak suggest nama kat Jijie, hahaha =)

Okla, sapa plak lepas ni? Kalau ada, jangan segan send MMS kat aku ataupun Cik Putih. Kami dengan rela hati akan mengupload dalam blog ni untuk tatapan semua..



Semoga kehadiran orang baru dalam hidup Jijie akan membawa kebahagiaan kepada keluarganya. Insha Allah... :-)

Selasa, 23 November 2010

NORHAZILA DAPAT BABY LAGI

Kak Zila atau nama sebenarnya Norhazila selamat melahirkan seorang lagi cahaya mata pada 20 November yang lalu . Alhamdulillah, cukup produktif. Kali ni dia dikurniakan seorang bayi perempuan yg diberi nama Nur Arissa Huda.

Gambar baby Kak Zila yang dihantar oleh Cik Putih melalui MMS.

Semoga kelahiran ini membawa rahmat dan rezeki yang melimpah ruah untuk keluarga Kak Zila.

Lepas ni siapa pulak?Hehehe..

Isnin, 1 November 2010

IJAH KINI BERGELAR IBU...


Semalam aku dapat SMS dari ijah. Dia bagitau dah dapat baby girl. Aku pun tanpa segan silu mintak dia send picture anak dia untuk dikongsikan dalam blog ni.

So, inilah dia hasil yg ijah dapat dari perkongsian hidup bersama suaminya, hehehe :-)

Tahniah buat Ijah sekeluarga atas anugerah ini. Semoga berbahagia dengan kelahiran ini.

Sabtu, 23 Ogos 2008

BLOG KITA BERWAJAH BARU!

Blog kita berubah wajah lagi. Kali ni dengan penampilan lebih profesional, elegan dan menarik!hehe.. Kalau dulu ada dua side je, sekarang dah jadi 3 side. So, banyak informasi boleh diletakkan di kiri dan kanan side.

Apapun, masih lagi dalam pengubahsuaian.Aku akan cuba touch up sikit lagi, bagi nampak cool and smart!

Sebenarnya, aku bercita-cita nak bagi blog ni nampak lebih umph. Caranya adalah dengan mengubah domain blog ni. Sekarang ni kita guna math-pa.blogspot.com. Nampak macam buat rumah di atas tanah orang lain. Tapi, kalau kita ubah dengan nama www.math-pa.com, namanya akan nampak lebih cool&profesional.Tu cuma cadangan aku jelah. Sebabnya, kalau nak guna domain tu, kena bayar tiap-tiap tahun sebanyak RM35.

Tapi kalau pakat-pakat satu hati, satu jiwa, tak mustahil kita boleh laksanakan misi ni. Kita kan MATH-PA!

panduan menjana pendapatan lumayan di ebay