Memaparkan catatan dengan label agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label agama. Papar semua catatan

Isnin, 26 Mac 2012

RINDU NOK KECEK GANNU?

Mesti ramai yang rindu nak speaking Gannu. Terutama bila teringat perkataan 'noneng' tu. Bagi mengubati kerinduan tu, jom kita dengar Ceramah Ustaz Azhar Idrus. Memang pekat giler loghat Gannu dieee... Jom layazzzzz :-)

Isnin, 1 Ogos 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK


Selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak buat semua rakan-rakan. Semoga kehadiran ramadhan kali ini akan menguatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kehadrat Allah SWT. Bersama-samalah kita tingkatkan amalan di dalam bulan yang penuh barakah ni, Insya-Allah..

Sebagai penutup, marilah kita menghayati pesanan Rasulullah bersempena kedatangan bulan yang mulia ini...

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup segala pintu Neraka dan diikat segala Syaitan. [Hadis dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi]

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. [Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi]

Khamis, 23 Jun 2011

BICARA HIKMAH BUAT PEJUANG



"Ketika Islam berada di puncak kemenangan, kita tidak mendabik dada, ketika Islam kalah kita tidak menitiskan air mata, itulah iqrar seorang pejuang, dunia diburu akhirat dijunjung.."

"Perjuangan secebis jihad terkadang meruntun rasa sekeping hati. Namun tiap kali kegetiran melanda, tika itulah kita kembali mengenali hakikat, kitalah pejuang sebenarnya.."

"Mereka berjuang sering kali menangis lemah di sisi Allah, tetapi Allah kuatkan mereka di sisi manusia, berjuang demi Allah, bahagialah hati meskipun goyah, kerana itulah perjuangan kekasih Allah dan landasan ke jannahNya.."

Sabtu, 23 April 2011

Utk tatapan para suami...

Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum... Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak.... Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur... Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram.... Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku... Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami... Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam.... Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian.... Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar..... Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa.... Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku... Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata.... Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....

Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI Ketika telefon isteriku berdering di malam hari... Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting... Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya... Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya.... Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku..... Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ... Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku?

P/s : Ermmm...Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri.Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki... Nauzubillahi min za lik!

(sumber dr FB CT IJAH hehe...)

Rabu, 20 April 2011

AL-QURAN MENJAWAB KELUHAN MANUSIA

Manusia Bertanya : Kenapa aku diuji?

Al-Quran Menjawab :

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Lihat Surah Al-Ankabuut : 2).

“Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta”. (Lihat Surah Al-Ankabuut : 3)


Manusia Bertanya : Kenapa aku tidak diuji sahaja dengan perkara-perkara yang baik?

Al-Quran Menjawab :

“…boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”. (Lihat Surah Al-Baqarah : 216)


Manusia Bertanya : Kenapa aku diberi ujian seberat ini?

Al-Quran Menjawab :

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya……….” (Lihat Surah Al-Baqarah : 286)


Manusia Bertanya : Bolehkah aku kecewa?

Al-Quran Menjawab :

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman”. (Lihat Surah Ali Imraan : 139)


Manusia Bertanya : Bolehkah aku berputus asa ?

Al-Quran Menjawab :

“…dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir”. (Lihat Surah Yusuf : 87)


Manusia Bertanya : Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?

Al-Quran Menjawab :

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung”. (Lihat Surah Ali Imraan : 200)

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”. (Lihat Surah Al-Baqarah : 45)


Manusia Bertanya : Bagaimana menguatkan hatiku?

Al-Quran Menjawab :

“….Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan melainkan Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal…….” (Lihat Surah At-Taubah : 129)


Manusia Bertanya : Apa yang ku dapat dari semua ujian ini?

Al-Quran Menjawab :

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka……….” (Lihat Surah At-Taubah : 111)

Wallahualam.

kredit: www.isuhangat.net

Jumaat, 21 Januari 2011

RAYUAN DERMA UNTUK PALESTIN

Assalamualaikum semua!

Ni entry aku yang pertama untuk tahun 2011 ni. Sebelum ni Erny a.k.a Cik Putih yang dok tolong update. Terima kasih Erny!

Sempena tahun baru ni aku dah pun redesign balik blog kita ni. Theme yang lama dulu dah rosak dan lapuk. So, tukar la plak..Baru segar mata memandang, hohoho.

Dalam entry ni aku nak buat rayuan kepada semua. Apa kata rezeki melimpah yang kita perolehi dikongsi bersama untuk anak-anak Palestin. Jangan risau, semua info yang aku masukkan dalam blog adalah sah. Jadi tak perlu ragu-ragulah. Aku dah check semuanya.

Okla, kalau ada nak derma sila salurkan melalui akaun kat bawah ni :

No akaun Maybank : 551575004299 ( atas nama Aqsa Syarif Berhad )
email : admin@aqsasyarif.com





Oklah, cukup dulu untuk kali ni. Jumpa lagi dalam entry akan datang.

Khamis, 30 September 2010

PETUA MELAHIRKAN GENERASI ULUL ALBAB

Oleh kerana ramai di antara kita yang dah mempunyai anak, kat sini aku postkan artikel tentang cara melahirkan anak yang sentiasa dekat dengan Al-quran. Seterusnya, menjadikan mereka generasi ulul albab. Bukan Ahmad Albab, hehehe..

Setiap orang tua pasti menginginkan buah hatinya menjadi anak yang soleh dan solehah. Anak soleh-solehah merupakan harta yang paling berharga bagi orang tua. Untuk mendapatkan semua itu, tentu harus ada kesungguhan yang tinggi dari orang tua dalam mendidik anak....klik kat sini untuk baca artikel ni.

Selasa, 10 Ogos 2010

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA


Kepada semua warga blog ni, diucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga kedatangan Ramadan kali ini membawa rahmat, barakah dan maghfirah buat kita semua.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 185 :

"Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil)."

Sabda junjungan besar Nabi Muhammad SAW pula :

“Betapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang yang berqiyam tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya kecuali hanya berjaga malam..” – Riwayat Ibnu Majah

Semoga Ramadan kali ini adalah yang terbaik untuk kita. Marhaban Ya Ramadhan Al-mubarak!

Isnin, 19 Julai 2010

TAZKIRAH BUAT SEMUA

Kita selalu mendengar hadis dan peringatan junjungan besar kita agar selalu menjaga lidah. Imam al-Ghazali banyak sekali mengupas mengenai bahaya lidah. Dalam kitabnya lhya Ulumuddin, beliau memberikan tumpuan khusus mengenai bahaya lisan, atau perihal Iidah. Melalui keupayaan akal, manusia berucap atau mengeluarkan kata-kata melalui perantaraan lidah.

Lidah bukan sahaja boleh mengungkapkan rasa syukur atas kebesaran Allah s.w.t, malah boleh disalahgunakan dengan pelbagai cara seperti pendustaan atau pembohongan, buruk sangka, permusuhan, fitnah, mencarut, mencela, mengutuk, bertelingkah, mengumpat, melaknat dan membicarakan sesuatu dalam keadaan kesat, kasar dan penuh dengan kesombongan.

Dalam era teknologi maklumat seperti sekarang, ramai antara kita yang tak guna lidah untuk mengkeji dan menjatuhkan aib seseorang. Tetapi digunakan cara seperti melemparkan komen yang menyakitkan hati di Facebook atau ruang chat. Walau apapun caranya, dosa tetap dosa.

Gambar di atas : Salah satu komen provok yang diterima melalui ruangan chat di blog ini.

Ingatlah, dosa kita terhadap Allah boleh terampun jika bertaubat secara langsung dengan taubat nasuha. Tapi, dosa sesama insan tidak akan terampun selagi tidak mendapat kemaafan dari orang yang kita cela atau orang yang kita sakiti hatinya. Hanya di padang mahsyar nanti ia akan diperhitungkan.

Renungkan sabda baginda ini :

Daripada Abdullah bin ’Amar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang Islam yang sebenarnya ialah orang yang mana orang-orang Islam yang lain terpelihara daripada gangguan lidah dan tangannya dan orang yang sebenarnya berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah”

Semoga kita sama-sama beroleh faedahnya dari posting kali ini. Mohon maaf kalau ada yang terasa. Hanya ni caranya untuk aku hentikan komen-komen yang menyakitkan hati. Aku tahu, banyak komen yang ditujukan kat aku. Dan komen-komen tu mengaibkan aku.

Sebagai manusia yang ada hati dan perasaan, jujur aku katakan bahawa aku tersinggung dan terguris dengan komen melampau seperti itu. Sudahlah begitu, baling batu sembunyi tangan pula. Maaf sekali lagi!

Jumaat, 4 September 2009

SALAM RAMADAN


Selamat mencari makfirah,
Selamat mencari rahmah,
Selamat mencari keredhaan dan diselamatkan dari api neraka,
Dan selamat mencari Lailatul Qadar..Malam seribu bulan.