Jumaat, 2 Ogos 2013

SALAM EIDUL FITRI


Selamat Hari Raya Eidul Fitri kepada semua ahli-ahli Math/Pa 2000-2002. Kepada yang nak memandu jauh untuk pulang ke kampung halaman diharapkan berhati-hati di jalanraya. Banyak-banyakan bersabar.

Akhir kata, Salam Eidul Fitri, Minal aidil wal faizi. Kullu am wa antum bil khir :-)

Allahu akhbar, allahu akhbar, allahu akhbar walillahil hamd..

Rabu, 10 Julai 2013

SALAM RAMDHAN AL-MUBARAK


Diucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Semoga kita beroleh rahmat, maghfirah dan dijauhkan dari api neraka.

Amalan Di Bulan Ramadhan

1. Qiamu Ramadhan iaitu Solat Sunat Tarawih

  • Rasulullah S.A.W bersabda : "Barang siapa yang mendirikan Qiyamu Ramadhan dengan penuh keimanan dan berharap pahala Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadis Riwayat Imam Bukhori dan Imam Muslim)
2. Bersedekah
  • Ertinya : "Seutama-utama sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan." (Hadis Riwayat Tirmidzi)
3. Memberi Makan Orang Berbuka Puasa
  • Rasulullah S.A.W bersabda : : "Barang siapa yang memberi makan orang yang berbuka puasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa tadi." (Hadis Riwayat Imam Ahmad, An-Nasa'i dan disahihkan oleh Syaikh Al-Albani Rahimahullah)
4. Mencari Dan Menghidupkan Lailatul Qadar Di Bulan Ramadhan
  • Rasulullah S.A.W bersabda : "Barang siapa yang mendirikan qiyamullail pada saat Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala Allah, nescaya diampuni dosa-dosa yang telah lalu." (Hadis Riwayat Imam Bukhor dan Imam Muslim)
5. Memperbanyakkan Zikir Dan Doa Di Bulan Ramadhan
  • Siang dan malam hari di bulan Ramadhan adalah waktu yang memiliki keutamaan, maka istilah dengan membaca al-Qur'an, memperbanyakkan zikir, doa, istighfar, khususnya di waktu-waktu tertentu dikabulkannya doa, antara lain iaitu waktu berbuka puasa. Bagi orang yang berpuasa ketika berbuka puasa memiliki doa yang tidak akan ditolak oleh Allah S.W.T.

Ahad, 16 Jun 2013

ILMU ROMANTIK RUMAHTANGGA USTAZ AZHAR IDRUS

Dah lama tak buat posting baru. Untuk mengisi kekosongan tu, jom kita tonton video Ustaz Azhar Idrus. Selamat menonton!

Ahad, 17 Februari 2013

ENTRY PERTAMA 2013

Assalamualaikum semua!

Dah masuk bulan Februari dah sekarang ni. Rasanya ni entry yang pertama untuk tahun 2013. Harap-harap semua dapat menjalankan tugas baik. Semoga tugasan kita mendidik anak bangsa dikira sebagai amalan jariah untuk dibawa mengadap Allah SWT.

Selamat bertugas!