Isnin, 19 Julai 2010

TAZKIRAH BUAT SEMUA

Kita selalu mendengar hadis dan peringatan junjungan besar kita agar selalu menjaga lidah. Imam al-Ghazali banyak sekali mengupas mengenai bahaya lidah. Dalam kitabnya lhya Ulumuddin, beliau memberikan tumpuan khusus mengenai bahaya lisan, atau perihal Iidah. Melalui keupayaan akal, manusia berucap atau mengeluarkan kata-kata melalui perantaraan lidah.

Lidah bukan sahaja boleh mengungkapkan rasa syukur atas kebesaran Allah s.w.t, malah boleh disalahgunakan dengan pelbagai cara seperti pendustaan atau pembohongan, buruk sangka, permusuhan, fitnah, mencarut, mencela, mengutuk, bertelingkah, mengumpat, melaknat dan membicarakan sesuatu dalam keadaan kesat, kasar dan penuh dengan kesombongan.

Dalam era teknologi maklumat seperti sekarang, ramai antara kita yang tak guna lidah untuk mengkeji dan menjatuhkan aib seseorang. Tetapi digunakan cara seperti melemparkan komen yang menyakitkan hati di Facebook atau ruang chat. Walau apapun caranya, dosa tetap dosa.

Gambar di atas : Salah satu komen provok yang diterima melalui ruangan chat di blog ini.

Ingatlah, dosa kita terhadap Allah boleh terampun jika bertaubat secara langsung dengan taubat nasuha. Tapi, dosa sesama insan tidak akan terampun selagi tidak mendapat kemaafan dari orang yang kita cela atau orang yang kita sakiti hatinya. Hanya di padang mahsyar nanti ia akan diperhitungkan.

Renungkan sabda baginda ini :

Daripada Abdullah bin ’Amar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang Islam yang sebenarnya ialah orang yang mana orang-orang Islam yang lain terpelihara daripada gangguan lidah dan tangannya dan orang yang sebenarnya berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah”

Semoga kita sama-sama beroleh faedahnya dari posting kali ini. Mohon maaf kalau ada yang terasa. Hanya ni caranya untuk aku hentikan komen-komen yang menyakitkan hati. Aku tahu, banyak komen yang ditujukan kat aku. Dan komen-komen tu mengaibkan aku.

Sebagai manusia yang ada hati dan perasaan, jujur aku katakan bahawa aku tersinggung dan terguris dengan komen melampau seperti itu. Sudahlah begitu, baling batu sembunyi tangan pula. Maaf sekali lagi!

3 ulasan:

eryusa berkata...

sabaq bebanyak la bae....org tu gurau kasaq x btempat...jgn amik ati sgt, rasanya kwn kita gak tu... ala,manusia mmg cmtu...masa mngata org, x sedaq....tp klu dia dikata atau dkutuk, tau lak terasa... semoga menjadi renungan wat semua....
apapun, aku suka sgt post ni...terasa insaf!!!!aku "curi" skit boh dlm FB aku, leh kan? nway,thanks bae.... :-)

zuhairy berkata...

ehmm, bukan apa. kdg2 over sgt.Sekali dua tak pe la. dah byk kali tu kira melampau la tu.benda dlm seluar org pun nak buat bahan gurauan, tu dah bukan gurau namanya..agak2 la sikit..

amikla erny...kot2 ada faedah wat semua :-)

fahmi berkata...

bae....banyak kan bersabaq...sape guest tu...kalu brani,bagi tau name....bangang tahap dewa cipanzi tul mamat guest tu...ko blok je name beruk tu...