Khamis, 19 Mei 2011

SELAMAT HARI GURU

Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan 'Selamat Hari Guru' kat semua kengkawan. Pejam celik, pejam celik dah hampir 8 tahun kita menyambut hari guru sebagai seorang guru. Mungkin ada antara kita pernah mendapat hadiah paling istimewa dari student. Tapi, setakat ni xde lagi yang dapat hadiah handphone blueberry ataupun laptop. Apatah lagi nak dapat Ferrari, hohoho =)

Cuma yang terbaru mungkin la hadiah yang maha 'terkezut' dari Pak Najib untuk semua warga pendidik. Aku sampai la ni duk terkejut tak kebah-kebah lagi, hahaha.

Apa-apa pun, tanggungjawab sebagai 'pendita' akan tetap diteruskan. Yelah, guru kan 'Penjana Transfomasi Pendidikan Negara'. Ingat ye, bukan penjana kuasa elektrik hidro ataupun penjana kuasa bebas (IPP), hehehe..

Guru adalah Transfomer - Aku la kata...

Khamis, 5 Mei 2011

MACAM PAPA TAK?

Aku takde idea nak tulis apa dalam entry baru dalam blog ni. Nak tunggu picture terbaru kengkawan pun xde yang hantar. So, untuk memenuhkan ruang, aku upload la gambar terbaru aku dgn 'buah hati' baru. Gambar ni masa aku pi kenduri kahwin kat Petaling Jaya. Sebab tu tgn aku mcm orang minta sedekah. Tapi sebenarnya tengah berdoa. Orang berdoa, aku snap foto, hahaha...

Okla, klu ada sesapa yang nak share foto terbaru, send la MMS atau email kat aku.

Sabtu, 23 April 2011

Utk tatapan para suami...

Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum... Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak.... Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur... Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram.... Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku... Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami... Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam.... Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian.... Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar..... Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa.... Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku... Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata.... Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....

Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI Ketika telefon isteriku berdering di malam hari... Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting... Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya... Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya.... Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku..... Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ... Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku?

P/s : Ermmm...Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri.Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki... Nauzubillahi min za lik!

(sumber dr FB CT IJAH hehe...)

Rabu, 20 April 2011

AL-QURAN MENJAWAB KELUHAN MANUSIA

Manusia Bertanya : Kenapa aku diuji?

Al-Quran Menjawab :

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Lihat Surah Al-Ankabuut : 2).

“Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta”. (Lihat Surah Al-Ankabuut : 3)


Manusia Bertanya : Kenapa aku tidak diuji sahaja dengan perkara-perkara yang baik?

Al-Quran Menjawab :

“…boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”. (Lihat Surah Al-Baqarah : 216)


Manusia Bertanya : Kenapa aku diberi ujian seberat ini?

Al-Quran Menjawab :

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya……….” (Lihat Surah Al-Baqarah : 286)


Manusia Bertanya : Bolehkah aku kecewa?

Al-Quran Menjawab :

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman”. (Lihat Surah Ali Imraan : 139)


Manusia Bertanya : Bolehkah aku berputus asa ?

Al-Quran Menjawab :

“…dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir”. (Lihat Surah Yusuf : 87)


Manusia Bertanya : Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?

Al-Quran Menjawab :

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung”. (Lihat Surah Ali Imraan : 200)

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”. (Lihat Surah Al-Baqarah : 45)


Manusia Bertanya : Bagaimana menguatkan hatiku?

Al-Quran Menjawab :

“….Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan melainkan Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal…….” (Lihat Surah At-Taubah : 129)


Manusia Bertanya : Apa yang ku dapat dari semua ujian ini?

Al-Quran Menjawab :

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka……….” (Lihat Surah At-Taubah : 111)

Wallahualam.

kredit: www.isuhangat.net

Jumaat, 25 Mac 2011

HUKUM AKAD NIKAH DALAM MASJID

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenyataan seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh di dalam akhbar Utusan bertarikh 20 Mac 2011 bahawa akad yang dilakukan di dalam masjid menyimpang daripada ajaran Nabi SAW. Jadi, ni ada artikel yang aku rasa sangat berfaedah untuk kita memahaminya.

Diriwayatkan oleh al Baihaqi di dalam Sunan Kubra hadis no. 15095, diriwayatkan juga oleh at Tirmizi di dalam Sunan Tirmizi hadis no. 1009

Imam at Tirmizi menyifatkan hadis ini sebagai Hadis Hassan Gharib.

Syeikh Badruddin al ‘Aini menyatakan di dalam Umdatul Qari bahawa ia juga telah diriwayatkan oleh Ibnu Majah, an Nasa’ie dan at Thabrani mengikut sanad yang berbeza di dalam kitab masing-masing, dan lafaz yang berbeza-beza.

Klik di sini untuk membaca keseluran artikel