Isnin, 26 Mac 2012

RINDU NOK KECEK GANNU?

Mesti ramai yang rindu nak speaking Gannu. Terutama bila teringat perkataan 'noneng' tu. Bagi mengubati kerinduan tu, jom kita dengar Ceramah Ustaz Azhar Idrus. Memang pekat giler loghat Gannu dieee... Jom layazzzzz :-)

Rabu, 21 Mac 2012

MASIH DI SINI LAGI....

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Semoga semuanya ok.

Rasanya dah agak lama blog ni tak diupdate. Kadang-kadang rasa kekeringan idea, kekangan waktu dan kurang motivasi membataskan segalanya. Cik Putih pun rasa sekarang agak sebuk dengan keluarga.

Apapun, blog ini akan cuba diupdate dari masa ke semasa. Insyaallah, selagi hayat dikandung badan.

Ahad, 1 Januari 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012


Selamat tahun baru 2012 masihi buat semua warga blog MATH-PA. Semoga tahun baru 2012 ni dapat kita lalui dengan baik dan jayanya. Camne dengan azam atau planning tahun lepas? Kalau masih belum tercapai, boleh teruskan usaha tu untuk tahun ni plak.

Apa azam tahun ni? Mungkin ada yang nak tambah anak, nak pi melancong, nak pi Mekah, nak menikah satu lagi.....OppppS! Hehehe.. Apapun, semoga cita-cita kalian tercapai. Insyaallah...

Diharapkan juga tahun ni kita dapat terus menyumbang bakti yang terbaik untuk anak-anak didik. Yelah, semua dah sign SBPA kan? So, gaji pun bertambahlah...Bila dah bertambah, moga-moga motivasi pun bertambah jugak.

Okla, aku ni dah merapu-meraban. Cau dulu....... !

Isnin, 14 November 2011

WAKTU KERJA 9 JAM : Apa Kata Anda?


Rasanya dah ramai yang tahu KPM sekarang dalam proses nak laksanakan kajian rintis tentang waktu kerja 9 jam untuk guru-guru. Tak semua negeri yang terlibat dalam kajian. Hanya beberapa buah negeri je. Dalam negeri yang terlibat ni pulak, tak semua sekolah yang akan jadi bahan kajian. Sekolah-sekolah yg tertentu sahaja. Di antara yang terlibat adalah sekolah aku.

Walau pun masih diperingkat kajian rintis, rungutan dah mula kedengaran sana-sini. Ya, prosesnya masih belum diperincikan. Tapi, pelbagai persoalan dah mula timbul terhadap implikasi perlaksanaannya yg dijangkakan akan dimulakan pada Januari depan.

Di antaranya, apakah akan terjadi terhadap kegiatan ko-korikulum pada sebelah petang? Sedangkan guru-guru hanya akan 'check out' dari sekolah kira-kira 4.30 petang. Adakah sekolah sudah mempunyai prasarana yg mencukupi untuk membolehkan kajian ini dilaksanakan dengan baik?

Kalau diikutkan waktu rasmi guru-guru berada di sekolah adalah sekitar 6 jam. Namun, harus barang diingat bahawa kerja kita tak habis di pintu pagar sekolah. Ramai yang mengelek buku, kertas ujian, buku rekod mengajar dan tak kurang data-data yg ada dalam komputer riba untuk disiapkan di rumah. Tak cukup dengan itu, sebelah petang kita juga terlibat dengan kegiatan ko-kurikulum terutama di awal tahun.

Hitung kasar, jumlah jam kita bekerja adalah sama dengan kakitangan awam lain yang bekerja dalam pejabat. Cuma, cara kita bekerja adalah berbeza dengan mereka.

Bukan niat kita nak merungut tak tentu pasal. Cuma sebagai manusia, kita juga mempunyai keperluan-keperluan yang perlu dipenuhi seperti orang lain. Tak adil jika mengatakan tugas seorang guru adalah mudah jika hanya dinilai dari 'luar'.

Apapun, diharapkan guru tak akan diperlakukan seperti tikus putih yang sering dijadikan bahan kajian di makmal!

Jumaat, 4 November 2011

SALAM AIDIL ADHA

Salam Aidil Adha buat semua kawan-kawan. Semoga kehadiran Aidil Adha kali ini dapat menginsafkan diri kita tentang pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s..

Allahu akhbar....allahu akhbar....allahu akhbar walillahi hamd.