Isnin, 1 Ogos 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK


Selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak buat semua rakan-rakan. Semoga kehadiran ramadhan kali ini akan menguatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kehadrat Allah SWT. Bersama-samalah kita tingkatkan amalan di dalam bulan yang penuh barakah ni, Insya-Allah..

Sebagai penutup, marilah kita menghayati pesanan Rasulullah bersempena kedatangan bulan yang mulia ini...

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup segala pintu Neraka dan diikat segala Syaitan. [Hadis dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi]

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. [Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi]

Selasa, 12 Julai 2011

UMI NORIHAN & FAMILY...


Akhirnya dapat gak tgok muka Umi,en.Safri &anak2 dorang nih (ni maybe gmbaq raya thn lps kot, dah 4 anak dah...Alhamdulillah)...thanks to Bae, kalau x sbb hg la, aku pon x dapat nk trace depa. Tapi tulah kn, mcm yg Bae kata, Umi lani tgh struggle recover dr penyakit pa ntah, siap kna chemo dll. Yg pasti mmg serius la...Apapun, kita doakan Umi cpt2 sembuh seperti sediakala dan hidup bahagia di sisi keluarga tersayang.

Jasa baktinya yg ditabur dulu dlm mendidik & mengajar kita terutama dlm subjek Maths masih dikenang sehingga ke hari ni dan InsyaAllah smpai bila2. Masih terngiang kata2 semangat dan nasihat pedas bercampur humor setiap kali dia masuk kelas. Rasa2 la kn,sapa yg selalu kna sound dulu erk???hehehe...cer ingat balik.... cer ingat balik...:p

Dorang suami isteri mmg rapat dgn kelas kita. En Safri dgn sikap humor dia yg habis2...Paling best bila dia jadi pensyarah pembimbing aku & ijah...simple&steady je siot...hmm, syiok btoi time tu,kalaulah boleh diputar kembali saat itu...hurmmmm...

Pasni pakat2 try jejak abah lak....hehe...

Rabu, 6 Julai 2011

UMI NORIHAN SAKIT?

Secara tak sengaja aku terjumpa akaun FB Pn. Norihan @ Umi Norihan masa surf internet tadi. Dari statement yang dia post dalam wall FBnya, aku rasa dia sedang struggle untuk recover dari sakit. Tapi aku tak tahu la pulak tahap mana keseriusan penyakit yang dia alami tu. Kalau statement dia dalam FB tu, aku rasa penyakitnya agak teruk sebab siap kena scan dan buat chemo.

Aku try add dia dalam FB. Sekarang aku tengah tunggu dia approve. Kalau dah approve, mungkin boleh contact dia secara personal untuk bertanya khabar.

Apapun, kita doakan dia semoga cepat sembuh dari penyakit yang dideritainya dan dapat menjalani hidup seperti biasa. InsyaAllah-Rabbi yasir wala tu assir"


Printscreen dari akaun FB Umi Norihan yang sempat aku ambil untuk tatapan korang

Khamis, 23 Jun 2011

BICARA HIKMAH BUAT PEJUANG



"Ketika Islam berada di puncak kemenangan, kita tidak mendabik dada, ketika Islam kalah kita tidak menitiskan air mata, itulah iqrar seorang pejuang, dunia diburu akhirat dijunjung.."

"Perjuangan secebis jihad terkadang meruntun rasa sekeping hati. Namun tiap kali kegetiran melanda, tika itulah kita kembali mengenali hakikat, kitalah pejuang sebenarnya.."

"Mereka berjuang sering kali menangis lemah di sisi Allah, tetapi Allah kuatkan mereka di sisi manusia, berjuang demi Allah, bahagialah hati meskipun goyah, kerana itulah perjuangan kekasih Allah dan landasan ke jannahNya.."

Selasa, 14 Jun 2011

Hati-hati berkata ‘jangan’ kepada anak


“Aiman, jangan panjat tangga, nanti jatuh!”

Pekikan sebegini selalu kedengaran di rumah atau di mana saja. Asal sahaja ada perkara baru yang hendak dilakukan oleh anak, kita cepat menggunakan perkataan keramat ‘jangan’, ‘sibuk je’, ‘jangan banyak tanya’ ataupun yang seangkatan dengannya.

Itulah ibu bapa prihatin namanya, ingin menjaga anak supaya tidak sakit, atau terjadi apa-apa perkara yang tidak diingini kepadanya. Tetapi dalam tidak sedar, sikap kita yang teralu proaktif boleh mengganggu perkembangan sosial seseorang anak dan membuatkannya hilang kepercayaan kepada diri sendiri. Bagaimana ia berlaku?

Anak kecil yang baru menjengah dunia, tidak tahu apa-apa dan mula belajar daripada model pertama yang dilihatnya di rumah, iaitu kita, ibu dan bapanya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Setiap bayi yang dilahirkan berada di dalam keadaan fitrah, ibu bapalah yang mencorakkannya untuk menjadi Majusi, Nasrani ataupun Yahudi.”

Fitrah yang dimaksudkan oleh baginda Rasulullah ialah agama Islam yang berkeadaan firtah. Firtah bermaksud suci bersih iaitu positif dan berada pada tahap kuasa yang maksimum, buktinya firman Allah SWT yang bermaksud,“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baik kejadian.” (QS at-Tiin 95:4)

Jadi sebagai hamba Allah yang suci, bersih dan berada pada kuasa yang paling maksimum, tidak ada keraguan dalam kamus hidupnya dan keyakinan seratus peratus hanya pada Allah SWT.

Itulah asalnya diri manusia. Inilah anak kita yang masih sangat dekat dengan fitrah manusia. Ðia berani dan tiada keraguan serta sentiasa positif. Sifat-sifat ini jika dipandu dengan baik oleh ibu bapa, sangat membantu untuk tumbesarannya. Apabila usia anak tiga hingga enam tahun, anak kita sedang mula belajar melakukan semuanya sendiri, daripada mengayuh basikal, melukis, mewarna, menulis, makan dan sebagainya, semuanya hendak dibuat sendiri. Pada ketika itu, sokongan daripada ibu bapa akan menerbitkan rasa seronok dalam diri anak dan memberi keyakinan kepadanya untuk terus mencuba perkara baru.

Rasa tidak dihargai

Sebaliknya, jika anak sentiasa menerima kritikan dan dimarahi setiap kali dia melakukan kesalahan, dia akan merasa tidak dihargai, rasa bersalah dan kurang keyakinan diri. Keadaan ini akan mengganggu kehidupan sosialnya. Ibu bapa yang terlampau mengawal pergerakan anak-anak mereka dan banyak melarang daripada memberi galakan serta menagih sepenuh ketaatan daripada anak, tanpa sebarang persoalan (autohitarian parents) akan membentuk peribadi anak yang selalu moody, pendiam, menghadapi masalah untuk berkomunikasi, pemalu, introvert dan sukar mempercayai. Keadaan ini menyukarkannya untuk berinteraksi dengan orang lain.

Ibu bapa yang baik akan sentiasa memberi galakan kepada anaknya untuk melakukan perkara baru. Ðalam masa yang sama, masih meletakkan garis panduan dan tidak terlalu mengawal tindakan anaknya. Mereka mendengar pendapat anak dan menerangkan pendapat tersebut baik atau tidak untuk diri anak. Ðan yang paling penting, mereka berjaya memperlihatkan dengan jelas bahawa akhirnya keputusan akan dibuat oleh mereka selepas mengambil kira pendapat anak (authoritative parents).

Akhirnya, perkataan yang digunakan akan menggambarkan perasaan yang diluahkan. Jadi, walaupun masih kecil, anak-anak kita sangat faham dengan bahasa dan perkataan yang digunakan oleh ibu bapa mereka. Anak yang sentiasa diberi sokongan dan kasih sayang, di samping diberi teguran yang membina akan tumbuh sebagai individu yang baik. Cara menegur anak yang efektif ialah dengan mengambil kira karakter anak tersebut.

Jika dia merupakan seorang yang periang dan sentiasa ceria, teguran yang perlu diberikan ialah dengan cara pujukan, kerana anak-anak ini sangat memahami dan gemar dipujuk dan dibelai.

Manakala jika anak yang agresif dan sangat aktif, teguran yang boleh dilakukan ialah dengan sentuhan. Sentuh dan belai anak ini dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah kata-kata yang tepat dan jelas supaya mereka faham teguran yang hendak dilakukan.

Anak yang pemalu perlukan cabaran dan untuk anak yang pasif, teguran yang mujarab ialah dengan mengajak mereka berbincang dan rasionalkan meraka dengan fakta.

Insya Allah, semoga sedikit tips ini membantu kita untuk sama-sama membesarkan anak dengan berjaya dan menjadi ibu bapa yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

(Sumber : Nurul Asiah Fasehah Muhammad, Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia di MW#1423)