Isnin, 14 November 2011

WAKTU KERJA 9 JAM : Apa Kata Anda?


Rasanya dah ramai yang tahu KPM sekarang dalam proses nak laksanakan kajian rintis tentang waktu kerja 9 jam untuk guru-guru. Tak semua negeri yang terlibat dalam kajian. Hanya beberapa buah negeri je. Dalam negeri yang terlibat ni pulak, tak semua sekolah yang akan jadi bahan kajian. Sekolah-sekolah yg tertentu sahaja. Di antara yang terlibat adalah sekolah aku.

Walau pun masih diperingkat kajian rintis, rungutan dah mula kedengaran sana-sini. Ya, prosesnya masih belum diperincikan. Tapi, pelbagai persoalan dah mula timbul terhadap implikasi perlaksanaannya yg dijangkakan akan dimulakan pada Januari depan.

Di antaranya, apakah akan terjadi terhadap kegiatan ko-korikulum pada sebelah petang? Sedangkan guru-guru hanya akan 'check out' dari sekolah kira-kira 4.30 petang. Adakah sekolah sudah mempunyai prasarana yg mencukupi untuk membolehkan kajian ini dilaksanakan dengan baik?

Kalau diikutkan waktu rasmi guru-guru berada di sekolah adalah sekitar 6 jam. Namun, harus barang diingat bahawa kerja kita tak habis di pintu pagar sekolah. Ramai yang mengelek buku, kertas ujian, buku rekod mengajar dan tak kurang data-data yg ada dalam komputer riba untuk disiapkan di rumah. Tak cukup dengan itu, sebelah petang kita juga terlibat dengan kegiatan ko-kurikulum terutama di awal tahun.

Hitung kasar, jumlah jam kita bekerja adalah sama dengan kakitangan awam lain yang bekerja dalam pejabat. Cuma, cara kita bekerja adalah berbeza dengan mereka.

Bukan niat kita nak merungut tak tentu pasal. Cuma sebagai manusia, kita juga mempunyai keperluan-keperluan yang perlu dipenuhi seperti orang lain. Tak adil jika mengatakan tugas seorang guru adalah mudah jika hanya dinilai dari 'luar'.

Apapun, diharapkan guru tak akan diperlakukan seperti tikus putih yang sering dijadikan bahan kajian di makmal!

Jumaat, 4 November 2011

SALAM AIDIL ADHA

Salam Aidil Adha buat semua kawan-kawan. Semoga kehadiran Aidil Adha kali ini dapat menginsafkan diri kita tentang pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s..

Allahu akhbar....allahu akhbar....allahu akhbar walillahi hamd.

Selasa, 6 September 2011

SECOND BABY IJAH


Haa...betoila tuuu....jgn terghezut lak...mmg ijah n hubby nyer bru je dpt second baby ptg td. Kali ni bby boy lak...ABDULLAH HARITH namanya... ALHAMDULILLAH!!! murahhh rezki depa...Kiranya Syawal kali ni lebih special dr biasa la...bina umah baru, dapat bby baru...patot arr senyap je...diam2 berisi no...

So ijah & zul...TAHNIAH dari kami... kengkawan yg lain,pulun jgn x pulun....(pesan utk diri sendiri jgk haha)...

Khamis, 1 September 2011

SALAM EIDUL FITRI


Kepada semua rakan-rakan, diucapkan selamat menyambut Hari Raya Eidul Fitri. Minal aidil wal faizi kullu am wa antum bil khair. Semoga berbahagia di samping keluarga tercinta. Aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai ada tersalah bicara selama ini

Marilah kita sama-sama berdoa agar kita diketemukan semula dengan Ramadhan yang akan datang, Insyaallah :-)

Isnin, 1 Ogos 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK


Selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak buat semua rakan-rakan. Semoga kehadiran ramadhan kali ini akan menguatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kehadrat Allah SWT. Bersama-samalah kita tingkatkan amalan di dalam bulan yang penuh barakah ni, Insya-Allah..

Sebagai penutup, marilah kita menghayati pesanan Rasulullah bersempena kedatangan bulan yang mulia ini...

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup segala pintu Neraka dan diikat segala Syaitan. [Hadis dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi]

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. [Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi]