Ahad, 6 September 2009

Rahsia jutawan emas dibongkarkan!!

Wah, biar betul tajuk artikel kali ni! Ada ke rahsia jutawan emas dibongkarkan? Tak percaya la.

Takkan la ada orang bocorkan rahsia diorang menjadi jutawan dengan emas pulak kan.

Apapun tanggapan korang, apa yang dinyatakan oleh tajuk artikel tersebut adalah BENAR?

Tahukah korang, bahawa dengan mengongsikan rahsia mereka, mereka akan menjadi lebih kaya lagi? Itulah pegangan dan falsafah bagi mereka-mereka yang berjaya menjadi jutawan. Oleh sebab itu mereka ingin orang lain juga dapat merasai apa yang mereka rasa, iaitu KEKAYAAN DENGAN EMAS!!

Selama ini korang yang tidak pernah mendengar ataupun jarang-jarang mendengar mengenai pelaburan emas, kini ianya telah sampai di depan mata anda.

Kini korang sendiri boleh memulakan langkah pertama anda untuk menjana kekayaan dengan emas dengan membaca artikel ni.

Selalu kita selalu dengar cerita orang pompuan je beli emas. Ni orang laki pun boleh beli. Tapi bukan beli untuk pakai, tapi untuk MELABUR beb!
Bagaimana? Iaitu dengan mempelajari bagaimana rahsia-rahsia jutawan emas membina kekayaan. Kalau nak tahu, sila la klik kat banner bawah ni. Dan tolong baca isi kandungannya satu persatu. Kerana aku pun dah teruja!

Jumaat, 4 September 2009

SALAM RAMADAN


Selamat mencari makfirah,
Selamat mencari rahmah,
Selamat mencari keredhaan dan diselamatkan dari api neraka,
Dan selamat mencari Lailatul Qadar..Malam seribu bulan.

Jumaat, 14 Ogos 2009

TAHNIAH, WAK SAN!

Nikmat sebuah kejayaan...Setelah membanting tulang selama 3 tahun, Wak San kini bergelar seorang graduan UPM!

Seorang lagi warga Math-PA iaitu Wak San dengan rasmi bergelar guru DG41 (walaupun tak lantik lagi), setelah dianugarah Ijazah Sarjana Muda dalam Konvokesyen UPM baru-baru ni.

Tahniah kepada Wak San. Kawan-kawan yang lain yang masih berusaha diucapkan selamat berusaha dan selamat maju jaya ye. Study rajin-rajin tau, hehehe.

Yang dah abis, tapi tak konvo lagi tunggula giliran korang pulak. Terutamanya Deqwan, hehehe..

Hari ni, hari Wak San. So Wak San, enjoy your day and congratulation!

Enjoy your day!

Rabu, 12 Ogos 2009

ABE YEA SEKELUARGO!


Korang mesti rindu nak tengok Abe Yea (Shahril), kan? Apatah lagi dengan lawak-lawaknya dulu. Tak camtu, Mek Na? Hehehehe..

Okla, ni ada gambar dia sekeluarga. Lama tak jumpa, alih-alih dah ada anak. Biasa la, dah kahwin ada la anak. Shahril, bila nak tambah satu lagi??

Shahril, ko masih hensem macam dulu. Tapi sayang, buncit pun masih seperti dulu, hahaha... Jangan mare.. :)

Sabtu, 8 Ogos 2009

iJAh sUdAh sAh bErGeLaR IsTeRi...ALHaMdULiLLaH...


Merpati Dua Sejoli...Perkenalan semasa PKPG membawa ke jinjang pelamin...semoga bahagia hendaknya...Aaaaamin....

Bestfriend forever...Erny dan Mekna tumpang gembira sbb member baik dorang kawen gak akhirnye...hehe...

Ceria... akhirnya Ijah menamatkan zaman bujangnya hari ini.

Permatang Sintok, 8 Ogos 2009 - Member kite yg paling sensasi, Ijah atau nama sebenarnye Siti Khadijah binti Khalid telah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinyer Zulfarzly bin Yahya kira2 jam 10 pagi ini. Pasangan yang memilih krim/beige sebagai warna tema persalinan akad nikah dorang ni telah berkenalan ketika sama2 study di Uitm Shah Alam sekitar tahun 2007-2009. Turut hadir meng'happening'kn majlis ialah bespren Ijah iaitu Erny dan Mekna serta fimili masing2. Insyalah, Oktober nanti sume akan dijemput untuk makan nasi minyak ek....TUNGGUUUUUUUU....hehehe...