Isnin, 23 Julai 2012

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Diucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat semua rakan-rakan. Semoga kehadiran bulan yang penuh barakah ini menjadikan kita hamba-Nya yang lebih bertaqwa.

Semoga kita semua beroleh rahmah, maghfirah dan dijauhkan dari api neraka, Insyaallah.



Isnin, 11 Jun 2012

AKHMA KAHWIN : Gambar eksklusif

 

Akhirnya, aku berjaya menciluk gambar Akhma kahwin untuk tatapan semua.Makanya, dapatlah kita semua menengok Akhma sengih bersama pasangannya di hari bahagia. Selamat menengoklah semua ye, hehehe

Selasa, 22 Mei 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU, MAA !

Sekalung ucapan tahniah kepada Akhmaa kerana akan mengakhiri zaman bujangnya. Semoga berbahagia menempuh kehidupan yang baru. Rasanya takde sapa dah yang akan buat kenduri kahwin lepas ni sebab Akhmaa la lelaki Melayu terakhir dalam Math-PA, huhuhu~. Tapi, tak tau kot-kot ada yang nak buat untuk kali kedua, hehehe...

Okla, jom kita pakat ramai2 pi kenduri dia! 

Barakallhu lakuma wabaraka alaikum wa jama'a baina kuma fil khair, amin ya Rabbal alamin :-)

Khamis, 17 Mei 2012

SELAMAT HARI GURU

SELAMAT HARI GURU, CIKGU! Wah, sedar tak sedar kita dah hampir 10 tahun dalam dunia perguruan. Tentu sekali banyak kenangan pahit manis yang telah kita tempohi. Saat mendapat tugasan mengajar kelas peperiksaan, dapat relief, time lawan Boss, saat bawak budak untuk aktiviti luar....Oh, tak larat nak disenaraikan di sini. Aku rasa semuanya kita dah rasa.

Apapun, kita tetap cikgu. Aku pernah terdengar ungkapan yang mengatakan 'seorang guru adalah jutawan di akhirat kelak'. Tak pastilah pulak kata-kata tu hadis ke tidak. Yang pasti, apabila matinya seorang anak Adam, maka tinggallah segalanya kecuali 3 perkara. Salah satunya ilmu yang dimanfaatkan. Insyaallah, semoga kita terus tabah dan ikhlas mendepani cabaran akan datang.

SELAMAT HARI GURU, CIKGU!

Selasa, 8 Mei 2012