Khamis, 17 Mei 2012

SELAMAT HARI GURU

SELAMAT HARI GURU, CIKGU! Wah, sedar tak sedar kita dah hampir 10 tahun dalam dunia perguruan. Tentu sekali banyak kenangan pahit manis yang telah kita tempohi. Saat mendapat tugasan mengajar kelas peperiksaan, dapat relief, time lawan Boss, saat bawak budak untuk aktiviti luar....Oh, tak larat nak disenaraikan di sini. Aku rasa semuanya kita dah rasa.

Apapun, kita tetap cikgu. Aku pernah terdengar ungkapan yang mengatakan 'seorang guru adalah jutawan di akhirat kelak'. Tak pastilah pulak kata-kata tu hadis ke tidak. Yang pasti, apabila matinya seorang anak Adam, maka tinggallah segalanya kecuali 3 perkara. Salah satunya ilmu yang dimanfaatkan. Insyaallah, semoga kita terus tabah dan ikhlas mendepani cabaran akan datang.

SELAMAT HARI GURU, CIKGU!

Tiada ulasan: