Jumaat, 15 Mei 2009

CIK YAN DAPAT BABY LAGI!

Alhamdulillah, bertambah umat Muhammad S.A.W atas bumi ni bila Cik Yan dikurniakan cahaya mata pada Isnin lepas. Kali ni dapat anak perempuan. Rasanya yang sulung dulu pun perempuan.

Sapa yang berhajat nak berbesan ngan Cik Yan, leh la cop cepat2. Tak gitu Cik Yan? hehe..

Siti Zafira Munawwarah...Seindah namanya. Selamat datang ke dunia yang penuh cabaran ini. Semoga diberkati hidupmu dan dijadikan muslimah solehah oleh-Nya.

Rabu, 6 Mei 2009

MEK NA DAH JADI USTAZAH PJ?

Saja bagi tajuk entry ni nampak gempak sikit. Sebenarnya takde apa2 pun.. Ni gambar Mek Na yang terbaru bersama cik abenya. Ada gaya macam cikgu pj dak?hehehe


Bawah ni plak gambar Mekna ngan Cik Ijah kita laa, hehe..Kena letak gak gambar Cik Ijah ni, sebab dia yang sent gambar ni kat aku... hehe

Sabtu, 11 April 2009

YAHOO!!!!! AKU DAH KONVO

Ketika menerima ijazahku dari Pro Canselor UTM



Gaya berjalan seorang graduan, hehehe. Ok tak?

Sabtu, 7 Mac 2009

ISU PPSMI: PENDAPAT ANDA?


Sekarang ni tengah kecoh pasal pengajaran Math dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Ramai yang tuntut supaya pengajarannya dikembalikan dengan menggunakan Bahasa Melayu semula.

Secara peribadi la aku nak tanya pendapat korang semua, setuju tak dasar PPSMI ni dimansuhkan? Ke korang tak kisah. Janji tiap-tiap bulan masyuuuk 10%.

Takper, kita bincang sesama kita.

Ni aku ada jumpa yang mendakwa ramai dikalang Profesor yang tak setuju dengan dasar ni. Kalau tak percaya, cuba klik kat sini.

Kalau la profesor-profesor pun tak setuju, camner dengan kita? hehe..

UPDATE TERKINI PERHIMPUNAN BANTAH PPSMI - (7 Mac 2009 jam 3 petang)

Ni gambar yang aku perolehi. Kelihatan Sasterawan Negara, Dato' A.Samad Said turut serta dalam pehimpunan aman. Tengok, orang bahasa pun tentang PPSMI ni. Takkan kita nak sokong plak dasar walaupun kita digelar perlaksana dasar?

Lu pikir la sendiri!

Isnin, 2 Mac 2009

JANGAN BERASMARA DEPAN ANAK!

Artikel ni mungkin akan meninggalkan kontroversi. Tapi atas alasan kemaslahatan ummah, rasanya ia perlu diterima dengan positif dan berlapang dada. Tak payahlah nak cerita panjang-panjang. Silalah baca sendiri ye!

KUALA LUMPUR: Sikap sesetengah pasangan suami isteri yang melakukan seks di depan anak berusia antara empat hingga tujuh tahun dikesan antara faktor menyumbang kepada peningkatan 80 peratus pendedahan seks kanak-kanak dan remaja yang kini dianggap berada pada tahap membimbangkan... Klik la kat sini untuk meneruskan bacaan anda!

Moral : Jangan kantoi depan anak-anak walaupun mereka baru berumur dua bulan!