Isnin, 14 November 2011

WAKTU KERJA 9 JAM : Apa Kata Anda?


Rasanya dah ramai yang tahu KPM sekarang dalam proses nak laksanakan kajian rintis tentang waktu kerja 9 jam untuk guru-guru. Tak semua negeri yang terlibat dalam kajian. Hanya beberapa buah negeri je. Dalam negeri yang terlibat ni pulak, tak semua sekolah yang akan jadi bahan kajian. Sekolah-sekolah yg tertentu sahaja. Di antara yang terlibat adalah sekolah aku.

Walau pun masih diperingkat kajian rintis, rungutan dah mula kedengaran sana-sini. Ya, prosesnya masih belum diperincikan. Tapi, pelbagai persoalan dah mula timbul terhadap implikasi perlaksanaannya yg dijangkakan akan dimulakan pada Januari depan.

Di antaranya, apakah akan terjadi terhadap kegiatan ko-korikulum pada sebelah petang? Sedangkan guru-guru hanya akan 'check out' dari sekolah kira-kira 4.30 petang. Adakah sekolah sudah mempunyai prasarana yg mencukupi untuk membolehkan kajian ini dilaksanakan dengan baik?

Kalau diikutkan waktu rasmi guru-guru berada di sekolah adalah sekitar 6 jam. Namun, harus barang diingat bahawa kerja kita tak habis di pintu pagar sekolah. Ramai yang mengelek buku, kertas ujian, buku rekod mengajar dan tak kurang data-data yg ada dalam komputer riba untuk disiapkan di rumah. Tak cukup dengan itu, sebelah petang kita juga terlibat dengan kegiatan ko-kurikulum terutama di awal tahun.

Hitung kasar, jumlah jam kita bekerja adalah sama dengan kakitangan awam lain yang bekerja dalam pejabat. Cuma, cara kita bekerja adalah berbeza dengan mereka.

Bukan niat kita nak merungut tak tentu pasal. Cuma sebagai manusia, kita juga mempunyai keperluan-keperluan yang perlu dipenuhi seperti orang lain. Tak adil jika mengatakan tugas seorang guru adalah mudah jika hanya dinilai dari 'luar'.

Apapun, diharapkan guru tak akan diperlakukan seperti tikus putih yang sering dijadikan bahan kajian di makmal!

1 ulasan:

Wak San berkata...

khabar angin perkara ni dh lmee sbnrnyaa..cuba msg2 mlihat dr segi sdut persediaan guru d blik gru msg2..msh byk lg blik gru yg kurang kondusif..Apa slahnya blik guru perlu diperbaiki dahulu sblm mlksanakan sesuatu yg diluar jgka..fkir2knla..