Ahad, 16 Jun 2013

ILMU ROMANTIK RUMAHTANGGA USTAZ AZHAR IDRUS

Dah lama tak buat posting baru. Untuk mengisi kekosongan tu, jom kita tonton video Ustaz Azhar Idrus. Selamat menonton!

Ahad, 17 Februari 2013

ENTRY PERTAMA 2013

Assalamualaikum semua!

Dah masuk bulan Februari dah sekarang ni. Rasanya ni entry yang pertama untuk tahun 2013. Harap-harap semua dapat menjalankan tugas baik. Semoga tugasan kita mendidik anak bangsa dikira sebagai amalan jariah untuk dibawa mengadap Allah SWT.

Selamat bertugas!


Jumaat, 30 November 2012

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA

Assalamualaikum semua!

Agak lama aku tak update blog kita ni. Akibat kesebukan dan kekeringan idea menjadi puncanya, hohoho...Skema giler ayat aku,haha..

Okla, apapun aku nak ucapkan selamat bercuti kepada semua kawan-kawan. Time cuti ni leh besarkan badan. Apa jua benda yang hangpa buat, yang penting jangan lupa Allah dan jaga diri...

Untuk kali ni aku ada beberapa keping gambar yang aku snap masa bercuti ke Kelantan dan Terengganu bulan September lepas. Patutnya aku upload awal sikit. Tapi dah sebuk, lagu ni la jadinya... Apapun, hangpa tengok jelah..Kot2 boleh mengimbau balik nostagia lama, huhuhu...


Hidangan celup tepung yang sentiasa mengiurkan...Tapi sekarang dah agak mahal harganya,huhuhu



 Muka buku, eh! muka pintu daaa....Pintu utama maktab sekarang.


 Tiada lagi Kem Seri Gelam yang dikagumi...Yang ada sekarang adalah bangunan yang tersergam indah..


Warung Pok Peng yang banyak berjasa. Masih kekal utuh di situ. Tapi, khabarnya Pok Peng telah kembali ke rahmatullah...Aku pun tak pasti kesahihan berita ni.

Isnin, 10 September 2012

PANDUAN MENYEMAK DAN MENCETAK PROFIL DATA EMIS

Hari ni aku nak share cara nak semak dan mem'print' maklumat profil dalam data Emis. Mungkin ada yang dah tahu, mungkin ada yang belum tahu. Jadi, lepas ni tak payahlah nak fening-fening mintak tolong cikgu data printkan maklumat. Senang jer, semudah 1-2-3....

LANGKAH 1

Layari http://emisonline.moe.gov.my/

LANGKAH 2

Masukkan NO IC dalam ruangan LOGIN GURU
NO KP: masukkan NO IC
Katalaluan: masukkan NO IC
Kod Pengesahan : masukkan nombor seperti yang tertera dalam kotak berwarna. Cth-->53861


LANGKAH 3



Setelah log in, paparan seperti di bawah akan tertera. Anda boleh menyemak semua maklumat seperti maklumat peribadi, perkhidmatan, kelulusan akademik dan sebagainya. Jika ada sebarang tambahan maklumat, sila maklumkan kepada guru data untuk dikemaskini.

Untuk mencetak maklumat peribadi, sila klik di bahagian CETAK PROFIL




LANGKAH 4

Paparan berikut akan muncul pada skrin. Kemudian, klik pada ikon printer .




LANGKAH 5

Kemudian, klik OK. Tunggu sehingga printer siap mencetak maklumat anda.
Nota: Pastikan anda telah memilih jenis printer yang betul sebelum mencetak.



  

Ok, selamat mencuba!

Isnin, 27 Ogos 2012

SALAM IDUL FITRI


Dikesempatan ini, diucapkan Selamat Hari Raya Idulfitri kepada semua. Taqabalullahu min na wa minkum. Maaf zahir dan batin. Semoga amalan kita sepanjang Ramadhan yang lalu diterima oleh Allah SWT. Berdoalah kita agar berkesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun depan, Insya-Allah...

SALAM IDULFITRI
MINAL AIDIL WAL FAIZI