Isnin, 10 September 2012

PANDUAN MENYEMAK DAN MENCETAK PROFIL DATA EMIS

Hari ni aku nak share cara nak semak dan mem'print' maklumat profil dalam data Emis. Mungkin ada yang dah tahu, mungkin ada yang belum tahu. Jadi, lepas ni tak payahlah nak fening-fening mintak tolong cikgu data printkan maklumat. Senang jer, semudah 1-2-3....

LANGKAH 1

Layari http://emisonline.moe.gov.my/

LANGKAH 2

Masukkan NO IC dalam ruangan LOGIN GURU
NO KP: masukkan NO IC
Katalaluan: masukkan NO IC
Kod Pengesahan : masukkan nombor seperti yang tertera dalam kotak berwarna. Cth-->53861


LANGKAH 3



Setelah log in, paparan seperti di bawah akan tertera. Anda boleh menyemak semua maklumat seperti maklumat peribadi, perkhidmatan, kelulusan akademik dan sebagainya. Jika ada sebarang tambahan maklumat, sila maklumkan kepada guru data untuk dikemaskini.

Untuk mencetak maklumat peribadi, sila klik di bahagian CETAK PROFIL




LANGKAH 4

Paparan berikut akan muncul pada skrin. Kemudian, klik pada ikon printer .




LANGKAH 5

Kemudian, klik OK. Tunggu sehingga printer siap mencetak maklumat anda.
Nota: Pastikan anda telah memilih jenis printer yang betul sebelum mencetak.



  

Ok, selamat mencuba!

Isnin, 27 Ogos 2012

SALAM IDUL FITRI


Dikesempatan ini, diucapkan Selamat Hari Raya Idulfitri kepada semua. Taqabalullahu min na wa minkum. Maaf zahir dan batin. Semoga amalan kita sepanjang Ramadhan yang lalu diterima oleh Allah SWT. Berdoalah kita agar berkesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun depan, Insya-Allah...

SALAM IDULFITRI
MINAL AIDIL WAL FAIZI

Isnin, 23 Julai 2012

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Diucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat semua rakan-rakan. Semoga kehadiran bulan yang penuh barakah ini menjadikan kita hamba-Nya yang lebih bertaqwa.

Semoga kita semua beroleh rahmah, maghfirah dan dijauhkan dari api neraka, Insyaallah.



Isnin, 11 Jun 2012

AKHMA KAHWIN : Gambar eksklusif

 

Akhirnya, aku berjaya menciluk gambar Akhma kahwin untuk tatapan semua.Makanya, dapatlah kita semua menengok Akhma sengih bersama pasangannya di hari bahagia. Selamat menengoklah semua ye, hehehe

Selasa, 22 Mei 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU, MAA !

Sekalung ucapan tahniah kepada Akhmaa kerana akan mengakhiri zaman bujangnya. Semoga berbahagia menempuh kehidupan yang baru. Rasanya takde sapa dah yang akan buat kenduri kahwin lepas ni sebab Akhmaa la lelaki Melayu terakhir dalam Math-PA, huhuhu~. Tapi, tak tau kot-kot ada yang nak buat untuk kali kedua, hehehe...

Okla, jom kita pakat ramai2 pi kenduri dia! 

Barakallhu lakuma wabaraka alaikum wa jama'a baina kuma fil khair, amin ya Rabbal alamin :-)