

Hasil daripada survey yang dibuat oleh
Dino dan
Kak Ida, kita telah putuskan reunion ni akan dibuat di
Telok Batik Beach Resort, Lumut. Lokasi ni dipilih atas beberapa faktor. Di antaranya :
Ada pakej family dayMemang sesuai dengan group kita
3 hari 2 malamSekali dgn makanKita tak perlu fikir pasal makan lagi dah.
Aktiviti disediakan. Maksudnya, kita boleh deal dengan pihak resort nak buat aktiviti apa. Diorang akan bagi peralatan, then kita handle sendiri. Nak buat sukaneka ke, karaoke ke bola sepak pantai ke..
Bayaran hanya RM300 utk family, RM150 utk bujangDalam budget yang kita tetapkan.
Cuma untuk BBQ dan hadiah kecik2 untuk sukaneka tu kita kena tambah sikit la. Mungkin dalam RM15 je. Bahagaian tu kita kutip kemudian lah..Yang lain, ditanggung beres, Insyaallah :-)
Pasal bayaran
Bayaran boleh dibuat sekarang sama ada secara ansuran, ataupun sekaligus ke dalam akaun aku.
Maklumat untuk pembayaran ada pada side bar blog ni. Sekali lagi aku nak ingatkan, tolong sms/call bila dah buat pembayaran. Tarikh akhir pembayaran adalah pada
31 Oktober 2008 (selepas Deepavali). 1 November duit akan diserahkan kepada Dino/Kak Ida untuk tempahan resort.
Rasanya, setakat ni je dulu untuk maklumat projek reunion kita ni. Tolong sebarkan kat geng2 kita yang lain. Kalau ada pandangan, komen atau apa2 cadangan, sila la bagi..Ilalliqa' maassalamah :-)
p.s : Sekalung penghargaan terima kasih kat Dino dan Kak Ida sebab tolong pi survey..