Selasa, 18 Mac 2008

DATO' RAZALI ISMAIL JADI TIMBALAN MENTERI PELAJARAN

Dato' Haji Razali Ismail

Tadi masa aku duk tengok berita tentang perlantikan menteri kabinet baru Kerajaan Malaysia, ada satu kementerian yang agak menarik perhatian aku iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia. Perlantikan ni adalah rutin biasa selepas menjalani pilihanraya. Banyak jugak kementerian yang dibubar menjadi satu kementerian. Camtu jugak beberapa kejutan!

Salah satunya adalah perlantikan Dato' Hj Razali Ismail (bekas Pengetua maktab kita) sebagai Timbalan Menteri Pelajaran. Beliau terpilih selepas berjaya mengekalkan kedudukan sebagai Ahli Parlimen KualaTerengganu selepas mengalahkan Tuan Haji Mohamad Sabu pada pilihanraya baru ni.

Kita berharap dia dapat menjalankan tugas dengan baik, amanah dan bebas dari amalan kronisme serta nipotisme, insyaallah. Beliau sendiri pernah sebut masa menyampaikan kuliah 7 minit selepas zohor masa kita kat maktab dulu. Beliau kata, kita mesti jadi orang yang bersih, maju dan wibawa (BMW). Semoga beliau dapat kotakan kata-katanya ketika menjawat jawatan tertinggi ini- BMW!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the TV de LCD, I hope you enjoy. The address is http://tv-lcd.blogspot.com. A hug.