Sabtu, 22 November 2008

HOT NEWS!!


Hehehe...Masuk surat khabar kawan kita ni. Selamat Pengantin Baru, Pa! Jom kita pakat-pakat pi kenduri dia 30hb Nov ni. Jumpa di sana!

Selasa, 11 November 2008

REUNION BATAL

Atas sebab kekurangan penyertaan, walaupun di awalnya ramai yang memberi komitmen, maka plan untuk diadakan reunion seperti yang telah dirancang terpaksa dibatalkan.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang menunjukkan semangat terhadap program ni. Terutama kepada mereka yang telah membayar yuran penyertaan. Pembayaran balik akan saya lakukan secepat mungkin setelah menerima balik deposit dari pihak resort dalam masa terdekat ni. Saya akan sms mereka yang terlibat dan pembayaran akan dilakukan melalui akaun maybank.

Terima kasih juga kepada Cik Putih yang berusaha keras untuk menjayakan reunion ni. Tak lupa jugak kat Kak Zila yang bersusah-payah deal dengan pihak resort.

Ampun maaf dipinta dari kawan-kawan atas kegagalan saya merialisasikan reunion ni. Hanya blog ni saja yang mampu saya usahakan untuk semua.

Ahad, 2 November 2008

BAYARAN UNTUK REUNION

Diharapkan kawan-kawan yang telah memberi komitmen untuk join reunion yang kita rancang tu dapat menyegerakan pembayaran. Pihak resort mungkin akan meminta kita menyelesaikan baki pembayaran dalam masa yang terdekat ni.

Semoga apa yang telah kita rancang ni dapat dilaksanakan. Kerjasama kawan-kawan yang dikasihi sangat diperlukan pada ketika ni.

Rabu, 22 Oktober 2008

ABE YANG DAH BAHAGIA

Atas permintaan ramai, ni ada gambar terbaru. Sebenarnya aku terlupa nak share gambar ni. Rasanya dah 2-3 minggu abe send gambar ni kat aku. Terlupa plak nak publish dalam blog ni,huhu..Sorry abe :-)

Sebelum aku terlupa, nak ingatkan kawan-kawan yang belum buat payment untuk reunion lagi. Setakat ni, payament yang aku terima agak slow. So, sesapa yang dah buat komitmen untuk dtg, sila buat payment secepat mungkin supaya kita dapat buat pembayaran dengan pihak resort secepat mungkin.