Dato' Haji Razali IsmailTadi masa aku duk tengok berita tentang perlantikan menteri kabinet baru Kerajaan Malaysia, ada satu kementerian yang agak menarik perhatian aku iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia. Perlantikan ni adalah rutin biasa selepas menjalani pilihanraya. Banyak jugak kementerian yang dibubar menjadi satu kementerian. Camtu jugak beberapa kejutan!
Salah satunya adalah perlantikan Dato' Hj Razali Ismail (bekas Pengetua maktab kita) sebagai Timbalan Menteri Pelajaran. Beliau terpilih selepas berjaya mengekalkan kedudukan sebagai Ahli Parlimen KualaTerengganu selepas mengalahkan Tuan Haji Mohamad Sabu pada pilihanraya baru ni.
Kita berharap dia dapat menjalankan tugas dengan
baik, amanah dan bebas dari amalan kronisme serta nipotisme, insyaallah. Beliau sendiri pernah sebut masa menyampaikan
kuliah 7 minit selepas zohor masa kita kat maktab dulu. Beliau kata, kita mesti jadi orang yang
bersih, maju dan wibawa (BMW). Semoga beliau dapat kotakan kata-katanya ketika menjawat jawatan tertinggi ini- BMW!