Rabu, 30 Januari 2008

AKAUN UNTUK DANA REUNION 2008

Okla, atas persetujuan ramai aku dah buka akaun Maybank untuk dana Reunion Kelas kita nanti. Tapi satu permintaan aku, bila dah bank in duit sebanyak RM30 tu, tolonglah sangat-sangat bagitau kat aku melalui sms/call.

Aku takut sangat pegang amanah orang ni. Tambah lagi melibatkan duit ni. Kalau la semua jadi pi reunion nanti, bermakna 30xRM300=RM9000!Fuyyooooo...boleh buat hantaran aku tu. Tak pun boleh angkat Persona beb. Jadi, mintak TOLONG SANGAT2 INFORM KAT AKU melalui sms bila dah bank-in. Cik Putih, hang tolong bagitau kat kengkawan yang lain.

Ni nombor telefon aku 019-9111050. Manalah tau kot-kot ada yang lupa. Sertakan sekali no reference transaksi, masa dan tarikh. Send sms je kat aku. Nanti aku buat satu name list. Sapa-sapa yang dah bayar aku tick dalam list tu.

Jgn lupa, korang pun simpan resit bank tu untuk rujukan di masa depan. Jangan harap kat aku sorang je. Kadang-kadang manusia ni ada buat silap.

Ok, ni nombor akaun untuk Reunion Math-PA 2008.

Nama Bank : Maybank
No Akaun : 163064023881
Nama Pemegang akaun : Mohamad Zuhairy bin Shaari
Email (jika nak guna maybank2u.com) : zuhairy_gq@yahoo.com

Ok, jangan lupa pesanan aku tu!Pembayaran boleh dibuat mulai hari ini. Thanks..

Ahad, 27 Januari 2008

PLAN REUNION MATH-PA 2008, KALI YANG PERTAMA

Ehmmm,payah sangat nak taip satu-satu, aku buat post barulah dalam blog ni. Senang cerita. Lepas ni kita semua boleh bagi komen dalam tajuk ni..Al-Maklumlah, aku tgk masing-masing dah ada idea tu,hehe :)

Untuk permulaan ni, beberapa orang kita akan lantik sebagai ketua untuk laksanakan kerja-kerja tertentu. Kalau tak mula camni, sampai bila pun tak jadi, kan? Eh, jgn kata aku gila kuasa pulak. Aku cuma pemudah bicara,hehe..Ada cadangan, boleh kemukakan kemudian..

Survey Harga Penginapan

Kerja ni kita serahkan kat fahmi lah. Sebab kita dah rancang nak buat di Terengganu (area Batu Rakit). So, balik cuti raya cina ni dia leh pi survey. Dapatkan harga yg berpatutan..Ok,aku rasa Fahmi leh jalankan tugas dgn baik.

Programer

Yang ni kita bagi kat Syakir lah. Sebab dia dah memang terkenal dalam bab program dalam programing sejak zaman maktab dulu.

Pengumuman dan hebahan

Tugasan yang ni pula kita buat sama-samalah melalui sms, blog ni, email dan lain-lain. Setakat ni Cik Putih la ketuanya. Diakan ketua speaker masa zaman maktab dulu,hehe...Yang lain boleh teus hubungi geng2 yang lain. Ijah try la tanya Kak Fatin, Kak Zai dan lain2. Wak san leh tnya sama Atok dan Talib. Aku akan try tnya Maa, Abe dan Asral.

Cadangan kumpul Dana Reunion.

Ikut cadangan Cik putih dan Syakir, kita nak letak dalam RM300 (complete set sekali makan dan tempat menginap). Aku cadangkan kita start kumpul dari sekarang. Sebab, nak bayar RM300 sekaligus berat gak rasanya. So, kalau kita kumpul RM30 sebulan selama 10 bulan dah dapat RM300! Tak la rasa berat sangat, betul tak?

Ok, kalau setuju sapa yang nak ditugaskan sebagai bendahari? Aku cadangkan Ijah. Setuju semua?! Kalau setuju, ni kira perlantikan rasmilah. So nanti dia kena ada akaun bank (Maybank paling senang). Tiap-tiap bulan kita akan masukkan sebanyak RM30 selama 10 bulan.

Ok, kalau ada cadangan boleh kemukakan sekarang.

Rabu, 16 Januari 2008

SYAKIR IS BACK! HUHU




Petang semalam masa aku tgh ada kelas, tetiba Umi Engku Noraien ( ala, yang ajar kita KBKK masa kat maktab dulu tu...) call aku. Aku ingatkan ada apa. Rupanya dia bagitau, time tu dia tengah sembang dengan sorang mamat. Dia kata mamat tu kenal aku. Aku pun dengan penuh hairannya bertanyalah kembali sapakah gerangan mamat tu? Rupa-rupanya sorang mamat yang duk kat Segamat tu. Yang dah lama menghilangkan diri,huhu...

Dia sekarang dah ada anak perempuan yang berumur 2 tahun. Kasih Sajidah namanya. Dia bagitau aku, baru dapat tawaran buat PJJ kat USM dalam Math. Masa dia tepon aku tu, dia ada kat MPKTBR, nak buat kursus KSPK-PJ. So, bila dah dapat tawaran PJJ ni, dia pun stop la berkursus kat sana.

Ni dia ada send gambar dia dengan anaknya untuk tontonan semua. Yang pelik mak mana mak dia?hehehe...

Ahad, 13 Januari 2008

PERNAH DENGAR ORANG MAZHAB SYIAH AZAN?

Masa aku merayau-rayau kat website youtube.com, tetiba terjumpa video klip ni. Kita selalu dengar selepas "asyhadu anna muhammadar rasulullah" terus kepada "hayya ala solah." Tapi azan orang mazhab syiah ni ada sedikit penambahan untuk Saidina Ali. Ok, cuba dengar. Aku pun first time dengar ni..

Khamis, 10 Januari 2008

SALAM MAAL HIJRAH

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah..
Detik-detik mendatang hendaknya akan membawa 1001 kebahagian buat kita semua.
Semoga Islam di Malaysia bertambah subur. Menghapuskankan kebatilan dan menzahirkan kebenaran...Takbirrr! Allahuakhbar..

salam Maal Hijrah