Sedar atau tak, dah 10 tahun persahabatan kita semua sejak ia mula berputik pada Januari, 2000. Skrg ni dah 2010. Pejam celik, pejam celik...oh, cepatnya masa berlalu.
Sepanjang 10 tahun, mcm2 benda dah berlaku..Saat mula kenal, saat belajar sekelas, saat menghadapi pahit manis bersama.. Oh, kenapa jiwangnya ayat ku malam ni???huhuhu
Apapun, semoga ukhwah ini terus kekal. Insyaallah, selagi aku masih berdaya, akan ku kerahkan segenap kudrat yang ada untuk menghubungkan kita semua melalui Blog ni.
P/S: Pesanan dari admin blog ni, 14 Jun ni jangan pi mana2 nooo...Nak tau apa? Tungguuuuuuuuuu, hehehe
Isnin, 22 Februari 2010
Khamis, 7 Januari 2010
EN SEFAI JUSOH DITEMUI...

Sekali En. Sefai Jusoh (KJ Jabatan Math MPKTBR) terpampang muka dia dalam surat khabar daaa....
Klu korang tak percaya, tengok la gambar yg aku amik kat bawah ni daaaa..
Muka dia tak jauh berubah daaa...
Gambar ni aku amik dalam surat khabar Berita Harian yg bertarikh 7 Januari 2010 daaa..
Eh, berapa punya banyak daaaaa??????hehehe
Ahad, 3 Januari 2010
SELAMAT TAHUN BARU 2010
Sabtu, 26 Disember 2009
BAPA MUKHRIZAL MENINGGAL DUNIA
Erny baru je terima berita ni...Pakcik Makhtar (Abah Dino) telah kembali ke rahmatullah pd jam 10 pg tadi. Sama2lah kita mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman. Al-Fatihah....
Jumaat, 25 Disember 2009
BAPA MUKHRIZAL KEMALANGAN...
Salam kengkawan sume...
Nak bagitau ni, abah mukhrizal,pakcik Makhtar kemalangan motosikal semalam (Khamis,24/12/2009) selepas solat isyak semasa pulang dr masjid. Sekarang beliau koma, dan kini dibawa balik ke rumah selepas dimasukkan ke hospital semalam. Keadaan beliau kritikal, terdapat pendarahan dan darah beku di dalam kepala. Pihak keluarga bersepakat untuk tidak menjalankan pembedahan mengeluarkan darah beku, kerana mengikut pandangan Doktor, peluang berjaya adalah 50-50 kerana faktor umur yg sudah meningkat.
Sama-samalah kita berdoa semoga sahabat kita, Mukhrizal(Dino) tabah dalam menghadapi dugaan ini. Dia sekarang berada di Pendang, jadi korang sume leh contact dia di talian 0174597808. Harap maklum....
Langgan:
Catatan (Atom)
