Sabtu, 16 Ogos 2008

KITA TENGOK GAMBARLAH DULU



Sementara nak reunion ni, kita tengok gambar2 kawan kita yang dah bahagia. Dua keping gambar yang terbaru. Terbaru ker?!Ehmm, baru dapat,hehe..

Yang pertama tu, gambar Syakir kahwin. Ehmm, Syakir..Introduce la bini hang kat kami. Tak kenal pun!

Gambar yg kedua tu, gambar Kak Zila dengan suaminya. Dah jadi usahawan MLM CNI rupanya. Ehm, leh la sponser lebih untuk reunion kita, hehehe..

Semoga terus bahagia, amin.

Jumaat, 25 Julai 2008

TELUK RUBIAH....nantikan kedatangan kami...!!!







Salam semua.... Setelah dijalankan survey oleh kak zila, kita sebulat suara memilih TELUK RUBIAH BEACH RESORT sebagai lokasi reunion kita...

HARGA PAKEJ


Famili : RM 300
Bujang : RM 150

ni sekali dengan penginapan, makan & BBQ...


MAKAN

Jumaat :Hi-tea, Dinner
Sabtu : Breakfast, Lunch, BBQ
Ahad : Breakfast

BBQ (harga asal RM45,diturunkan ke RM30) - masuk dlm hrga pakej dah..

Menu BBQ :
Green salad, rojak buah, coleslow, fried rice, fried noodle,
FISH, PRAWN, LAMB CHOP, COCKTAIL SAUSAGE, CHICKEN, SQUID, CRAB, BEEF STEAK, DEEP FRIED SOTONG BALL, FRIES, MIXed FRUIT, CORDIAL.

DASYAT TAK MENU DIA???segalanya dsediakan oleh resort, kita makan je...


LAIN-LAIN KEMUDAHAN

Padang, Swimming pool, Gelanggang Bola Tampar, PA sistem..
SECARA PERCUMA!!!

AKTIVITI

kalau nak handle aktiviti sendiri, tapi guna peralatan pihak resort, kena caj RM50...

tapi, kalau nak enjoy aktiviti yg disediakan oleh pihak resort,
caj RM5 seorang dikenakan untuk satu permainan.

kalau setakat nak main bola je, kak zila boleh pinjam dr sekolah dia...

p/s : memang kita dah plan nak kutip extra RM15 nanti utk BBQ. So, duit tu leh disalurkan utk aktiviti la...kan??? bkn apa, nak bagi anak2 enjoy je...


KENAPA TELUK RUBIAH BEACH RESORT ???

Sebab...Tempat ni memang ekslusif giler, dan menjanjikan privacy!!! tak caya tgok la gmbo2 kt atas tu...

alang2 nk buat reunion ni julung2 kalinya,biar le puas ati.. kita pi nk relax2, enjoy2, hepi2... so, biarla tempat tu pn memuaskan ati...

thanks to k.zila yg tak jemu2 tawar menawar dgn pihak resort. kalau diikutkan harga asal mmg jauh lebih mahal sbnarnya....

So, apalagi?boleh la mula bayar sekarang kat bae... yg dah bayar,syabas!!!
GO...GO...REUNION MTPA!!!

Rabu, 23 Julai 2008

ADA APA DENGAN REUNION?!

Buat kawan-kawan yang duk fikir panjang, hati masih berbelah bagi nak pi ke tak, cuba fikirkan perkara ni:

Event ni merupakan satu acara yang sukar diuruskan. Pelan penganjuran sebenarnya bermula pada pertengahan 2006, iaitu sejak blog ni mula-mula dibina. Cuba bayangkan, jika tak ambik kesempatan kali ni, hangpa terpaksa tunggu 2013 pula! Kerana reunion camni hanya dibuat 5 tahun sekali jer! Dan mungkin juga payah nak dibuat lagi kerana orang kuat kita (Cik Putih), time tu dah sebuk dengan anak-anaknya,huhu...So, fikir-fikirkanlah!

Ni adalah nama-nama mereka yang c'firm, insyaallah akan hadir...

  1. Atok
  2. Fatin
  3. Fahmi
  4. Ijah
  5. Syakir
  6. Asral
  7. Kak Syam
  8. Kak Roziah
  9. Kak Zila
  10. Kak Ida
  11. Erny
  12. Ba'e
  13. Kak Wan
  14. Ayie
  15. Mek Na

Oklah, cakap banyak pun tak guna. Ba'e pun nak pi makan ni. Yang dah c'firm nak pi tu, pembayaran dah boleh dibuat mulai sekarang secara ansuran atau in one shoot!

Jangan tunggu lama-lama..

Tarikh penting! Last payment adalah 30 Oktober 2008..

Khamis, 17 Julai 2008

REUNION DI TELOK BATIK RESORT, LUMUT




Hasil daripada survey yang dibuat oleh Dino dan Kak Ida, kita telah putuskan reunion ni akan dibuat di Telok Batik Beach Resort, Lumut. Lokasi ni dipilih atas beberapa faktor. Di antaranya :

Ada pakej family day
Memang sesuai dengan group kita

3 hari 2 malam

Sekali dgn makan
Kita tak perlu fikir pasal makan lagi dah.

Aktiviti disediakan.
Maksudnya, kita boleh deal dengan pihak resort nak buat aktiviti apa. Diorang akan bagi peralatan, then kita handle sendiri. Nak buat sukaneka ke, karaoke ke bola sepak pantai ke..

Bayaran hanya RM300 utk family, RM150 utk bujang
Dalam budget yang kita tetapkan.

Cuma untuk BBQ dan hadiah kecik2 untuk sukaneka tu kita kena tambah sikit la. Mungkin dalam RM15 je. Bahagaian tu kita kutip kemudian lah..Yang lain, ditanggung beres, Insyaallah :-)

Pasal bayaran

Bayaran boleh dibuat sekarang sama ada secara ansuran, ataupun sekaligus ke dalam akaun aku. Maklumat untuk pembayaran ada pada side bar blog ni. Sekali lagi aku nak ingatkan, tolong sms/call bila dah buat pembayaran.
Tarikh akhir pembayaran adalah pada 31 Oktober 2008 (selepas Deepavali). 1 November duit akan diserahkan kepada Dino/Kak Ida untuk tempahan resort.


Rasanya, setakat ni je dulu untuk maklumat projek reunion kita ni. Tolong sebarkan kat geng2 kita yang lain. Kalau ada pandangan, komen atau apa2 cadangan, sila la bagi..Ilalliqa' maassalamah :-)

p.s : Sekalung penghargaan terima kasih kat Dino dan Kak Ida sebab tolong pi survey..

Selasa, 8 Julai 2008

JOM BINCANG PASAL REUNION


Aku rasa dah tiba masanya untuk kita semua bincang secara lebih serius pasal Projek Reunion kita. Sebabnya, dah ada yang mula bertanya aku pasal ni. So, aku rasa elok kita semua bincang betul-betul.

Beberapa perkara aku rasa harus diputuskan dengan segera. Iaitu :

1. Tempat
2. Sapa yang confirm nak datang
3. Masa yang sesuai.

Jadi, aku mengharapkan semua kengkawan dapat bagi pandangan dalam topik ni. Segala pandangan, cadangan dan komen akan terus terpapar dalam topik ( takde lagi tapisan ).

Ok, jom kita pakat-pakat bagi cadangan kat sini!