Dah lama aku tak update blog ni. Al-maklumlah, sebuk sikit buat tesis sarjana muda. Ni dah lepas present dan kena hentam dengan penilai, baru rasa senang sikit.. Fuhhhhhh... :-)
Aku takde idea nak tulis apa hari ni. Tapi aku nak share satu peluang buat duit dengan korang semua.
Pernah dengar tak pasal ebay.com? Ebay ni adalah sebuah website international yang menjadi pusat jualan barang-barang seluruh dunia. Transaksi kat ebay ni, tiap-tiap hari bernilai berjuta-juta dolar!
Jangan risau, semua urusniaga adalah sah dan halal. Terpulanglah nak berniaga apa. Corak urusniaga adalah melalui lelongan. Klik kat sini nak tengok website ebay!
Kita pun boleh jual barang-barang kat ebay. Tapi ada caranya. Cuba bayangkan, katakan la camni :
Cik Putih jual buah pelam (contoh jer ni), pastu ada sorang mamat kat New York bida pelam yang dia lelong tu USD 10. Cuba convert duit Malaysia tengok. Jap nak kira........haaaaa, RM35! Tu baru satu barang. Ada orang jual barang harga USD 100. Ni bukan rekaan, betul ni!
Kalau nak belajar, cuba klik kat banner bawah ni. Boleh tengokla kalau minat. Aku pun berminat gak dengan ebay ni.
Jumaat, 25 April 2008
Sabtu, 29 Mac 2008
OH...RINDUNYER!

Cuba tengok gambar ni. Apa yang korang paling ingat bila tengok gambar ni?
Ehmmm...Bila tengok gambar ni, teringat kat sana. Naik kete sewa (masa tu aku takde lesen lagi, Padayapa yang bawak) pi Kuala Terengganu, hehehe..
Lepas tu, lalu ikut jambatan Sultan Mahmud, dan nampaklah panorama kat atas. Ohhhh...rindunyer. Kedamaian Bukit Besar selalu menggamit aku ke sana. Bilakah aku akan ke sana lagi? Terengganuuuuuuuuuu....tungguuuuuuuu...Aku cabar kauuuuu!hehe..macam KL Menjerit daaaa....( Ayat En Sefai).
Rabu, 26 Mac 2008
BARISSSSSS!!! BARIS SEDIA!
Hari ni kita akan nyanyi 3 buah lagu. Lagu Maktab, lagu Kami Guru Malaysia dan Lagu Negeri Terengganu. 1, 2, mula.....
Lagu Maktab...
Maktab Perguruan
Kuala Terengganu
Di sini tempat kami
Berkumpul dan bertemu
Megah tegak terbina
Lahirkan pendidik bangsa
Tanpa bosan dan jemu
Mencurah segala ilmu
Guru pendidik bangsa
Itulah pegangan kita
Rajin tekun berusaha
Hingga tercapai cita
Maju MPKT
Majulah ke hadapan
Teruskan usaha mulia 2X
Lahirkan guru berjaya 2X
Kuala Terengganu
Di sini tempat kami
Berkumpul dan bertemu
Megah tegak terbina
Lahirkan pendidik bangsa
Tanpa bosan dan jemu
Mencurah segala ilmu
Guru pendidik bangsa
Itulah pegangan kita
Rajin tekun berusaha
Hingga tercapai cita
Maju MPKT
Majulah ke hadapan
Teruskan usaha mulia 2X
Lahirkan guru berjaya 2X
Lagu Guru Malaysia
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan 2X
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan 2X
Errr,,aku lupala lirik Lagu Terengganu,huhu :-(. Fahmi dengan Mekna leh tolong nyanyikan tak?hehe...
P.S : Haii..teringat lagi time kena berbaris pakai baju St John Ambulans.
P.S : Haii..teringat lagi time kena berbaris pakai baju St John Ambulans.
Selasa, 18 Mac 2008
DATO' RAZALI ISMAIL JADI TIMBALAN MENTERI PELAJARAN
Tadi masa aku duk tengok berita tentang perlantikan menteri kabinet baru Kerajaan Malaysia, ada satu kementerian yang agak menarik perhatian aku iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia. Perlantikan ni adalah rutin biasa selepas menjalani pilihanraya. Banyak jugak kementerian yang dibubar menjadi satu kementerian. Camtu jugak beberapa kejutan!
Salah satunya adalah perlantikan Dato' Hj Razali Ismail (bekas Pengetua maktab kita) sebagai Timbalan Menteri Pelajaran. Beliau terpilih selepas berjaya mengekalkan kedudukan sebagai Ahli Parlimen KualaTerengganu selepas mengalahkan Tuan Haji Mohamad Sabu pada pilihanraya baru ni.
Kita berharap dia dapat menjalankan tugas dengan baik, amanah dan bebas dari amalan kronisme serta nipotisme, insyaallah. Beliau sendiri pernah sebut masa menyampaikan kuliah 7 minit selepas zohor masa kita kat maktab dulu. Beliau kata, kita mesti jadi orang yang bersih, maju dan wibawa (BMW). Semoga beliau dapat kotakan kata-katanya ketika menjawat jawatan tertinggi ini- BMW!
Khamis, 13 Mac 2008
ABAH SEMASA PENAMAAN CALON
Cuba cari, kat mana Abah kita? Tuuuuu dia. Hahaha..Korang memang terer. Gambar ni telah di sent oleh fahmi kat aku baru-baru ni. Ia telah dirakam semasa hari penamaan calon Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Datuk Mustafa Ali semasa pilihanraya umum baru-baru ni. Untuk pengetahuan, abah adalah adik kepada Datuk Mustafa Ali, pengarah pilihanraya PAS Pusat.Abah teruskan perjuangan! Anak-anak didikmu sentiasa mendoakan kejayaan mu..
Langgan:
Catatan (Atom)