Isnin, 18 Februari 2008

YB ERIZUAN@DEQWAN BIN BAHARUDIN

Bangga....gambar Deqwan yang diambil sejurus terpilih menjadi ketua kelas dengan kembang hidungnya,hehehe :-)

MPKTBR kini boleh berbangga dengan lahirnya sebutir lagi permata dalam bidang kepimpinan. Anak muda kelahiran Kuala Ketil ni (SP ke Penang DeQwan?), telah memenangi jawatan Ketua Kelas Mahasitua PKPG-Math di UiTM kampus Shah Alam, baru-baru ini.

Beliau yang dimaksudkan, tu diaaaaaaaaaaaaaaaaa......DeQwan!

Jumaat, 15 Februari 2008

FAHMIE NAK JADI AYOH!

BERITA TERHANGAT! Fahmi dah nak jadi ayoh. Ni gambar anak dia dalam kandungan. Jom kita teka, laki ke pempuan.

Fahmi, tak nampak apa-apa pun!hehe..

PERKARA BERBANGKIT

Malam tadi, Cik putih SMS aku bagitau ada beberapa cadangan yang perlu diambil perhatian untuk dibincangkan bersama. Ni selepas laporan yang diterima selepas Fahmi buat survey harga penginapan chelet untuk projek reunion kita nanti.

Yang pertama, hujung tahun ni akan berlangsung Monsoon Cup dan Sukma di Terengganu. Selalunya harga chelet akan meningkat dan kebarangkalian nak dapat buat booking payah sikit. Jadi, ada yang bagi cadangan supaya dibuat semasa cuti raya cina.

Yang lain, ada cadangan kita tukar lokasi reunion kita ni. Tapi pada aku, kalau buat kat tempat lain takdak la nilai2 sentimental. Orang tua2 kata, "tempat jatuh lagikan dikenang..." Tapi terpulanglah kepada semua ahli mesyuarat tingkap sekalian.

HASRAT DUA SAHABAT TERCAPAI

PUAS HATI...Erny(kiri) dan Siti Khadijah (kanan), tersenyum bangga setelah mendapat kad matrik sejurus selepas mendaftarkan diri sebagai mahasitua, ops! mahasiswa.

SHAH ALAM, 13 Febuari- Hasrat dua orang sahabat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda akhirnya tercapai apabila kedua-duanya terpilih untuk mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) di kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, baru-baru ini.

Erny Yusniza Saad, 27, berkata dia sungguh terharu kerana diberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi setelah sekian lama memohon. Beliau yang sebelum ini lepasan Diploma Perguruan Malaysia menyatakan, hasratnya untuk menggenggam segulung ijazah telah lama tersemat semenjak di bangku UPSR lagi. "Saya akan menggunakan peluang ini untuk meningkatkan pengetahuan saya demi menjadikan diri orang yang berguna kepada masyarakat," ujar beliau lagi yang berasal dari 82A, Batu 5 Jalan Sanglang, Koodiang, Kedah.

Manakala sahabat karibnya pula, Siti Khadijah Khalid, 27, menyifatkan peluang ini sebagai suatu rahmat dari Allah taala. "Peluang yang datang ini tidak mungkin saya persiakan demi memajukan diri. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan kelas pertama dan mengangkasakan Melayu," kata beliau, yang berasal dari Permatang Sintok, Pulau Pinang, dengan penuh semangat.

-Sumber Bernama.

Selasa, 12 Februari 2008

HEHEHE... :-)


Okla, oleh sebab takder sapa-sapa nak bagi gambar, biar akulah yang publish gambar aku sendiri,hehe...Lagipun nak tunjukkan waksan, bahawa aku takler terperuk kat UTM je. Gambar ni membuktikan segalanya,huhuhu...