Ahad, 27 Januari 2008

PLAN REUNION MATH-PA 2008, KALI YANG PERTAMA

Ehmmm,payah sangat nak taip satu-satu, aku buat post barulah dalam blog ni. Senang cerita. Lepas ni kita semua boleh bagi komen dalam tajuk ni..Al-Maklumlah, aku tgk masing-masing dah ada idea tu,hehe :)

Untuk permulaan ni, beberapa orang kita akan lantik sebagai ketua untuk laksanakan kerja-kerja tertentu. Kalau tak mula camni, sampai bila pun tak jadi, kan? Eh, jgn kata aku gila kuasa pulak. Aku cuma pemudah bicara,hehe..Ada cadangan, boleh kemukakan kemudian..

Survey Harga Penginapan

Kerja ni kita serahkan kat fahmi lah. Sebab kita dah rancang nak buat di Terengganu (area Batu Rakit). So, balik cuti raya cina ni dia leh pi survey. Dapatkan harga yg berpatutan..Ok,aku rasa Fahmi leh jalankan tugas dgn baik.

Programer

Yang ni kita bagi kat Syakir lah. Sebab dia dah memang terkenal dalam bab program dalam programing sejak zaman maktab dulu.

Pengumuman dan hebahan

Tugasan yang ni pula kita buat sama-samalah melalui sms, blog ni, email dan lain-lain. Setakat ni Cik Putih la ketuanya. Diakan ketua speaker masa zaman maktab dulu,hehe...Yang lain boleh teus hubungi geng2 yang lain. Ijah try la tanya Kak Fatin, Kak Zai dan lain2. Wak san leh tnya sama Atok dan Talib. Aku akan try tnya Maa, Abe dan Asral.

Cadangan kumpul Dana Reunion.

Ikut cadangan Cik putih dan Syakir, kita nak letak dalam RM300 (complete set sekali makan dan tempat menginap). Aku cadangkan kita start kumpul dari sekarang. Sebab, nak bayar RM300 sekaligus berat gak rasanya. So, kalau kita kumpul RM30 sebulan selama 10 bulan dah dapat RM300! Tak la rasa berat sangat, betul tak?

Ok, kalau setuju sapa yang nak ditugaskan sebagai bendahari? Aku cadangkan Ijah. Setuju semua?! Kalau setuju, ni kira perlantikan rasmilah. So nanti dia kena ada akaun bank (Maybank paling senang). Tiap-tiap bulan kita akan masukkan sebanyak RM30 selama 10 bulan.

Ok, kalau ada cadangan boleh kemukakan sekarang.

Rabu, 16 Januari 2008

SYAKIR IS BACK! HUHU




Petang semalam masa aku tgh ada kelas, tetiba Umi Engku Noraien ( ala, yang ajar kita KBKK masa kat maktab dulu tu...) call aku. Aku ingatkan ada apa. Rupanya dia bagitau, time tu dia tengah sembang dengan sorang mamat. Dia kata mamat tu kenal aku. Aku pun dengan penuh hairannya bertanyalah kembali sapakah gerangan mamat tu? Rupa-rupanya sorang mamat yang duk kat Segamat tu. Yang dah lama menghilangkan diri,huhu...

Dia sekarang dah ada anak perempuan yang berumur 2 tahun. Kasih Sajidah namanya. Dia bagitau aku, baru dapat tawaran buat PJJ kat USM dalam Math. Masa dia tepon aku tu, dia ada kat MPKTBR, nak buat kursus KSPK-PJ. So, bila dah dapat tawaran PJJ ni, dia pun stop la berkursus kat sana.

Ni dia ada send gambar dia dengan anaknya untuk tontonan semua. Yang pelik mak mana mak dia?hehehe...

Ahad, 13 Januari 2008

PERNAH DENGAR ORANG MAZHAB SYIAH AZAN?

Masa aku merayau-rayau kat website youtube.com, tetiba terjumpa video klip ni. Kita selalu dengar selepas "asyhadu anna muhammadar rasulullah" terus kepada "hayya ala solah." Tapi azan orang mazhab syiah ni ada sedikit penambahan untuk Saidina Ali. Ok, cuba dengar. Aku pun first time dengar ni..

Khamis, 10 Januari 2008

SALAM MAAL HIJRAH

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah..
Detik-detik mendatang hendaknya akan membawa 1001 kebahagian buat kita semua.
Semoga Islam di Malaysia bertambah subur. Menghapuskankan kebatilan dan menzahirkan kebenaran...Takbirrr! Allahuakhbar..

salam Maal Hijrah

Jumaat, 14 Disember 2007

RM250 setahun vs RM250 sebulan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tak berapa lama lagi kita akan menyambut ketibaan 10 Zulhijjah, menandakan sambutan perayaan Hari Raya Aidil Adha. Sambutan yang bertitik tolak daripada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail a.s. Mengambil roh daripada pengorbanan itu, kita seharusnya menjadikan ianya iktibar dan panduan dalam kehidupan.

Ibadah Korban

Menjelang 10 Zulhijjah, telah menjadi tradisi sejak zaman berzaman ibadah korban dilakukan. Ibadah yang besar pahalanya di sisi Allah s.w.t. Korban merupakan satu menifestasi menyatakan kesanggupan kita untuk melakukan pengorbanan yang akan kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Menurut apa yang dipelajari oleh saya sejak kecil, binatang yang kita korbankan akan menjadi kenderaan apabila di mahsyar kelak. Namun, ramai yang masih berkira untuk mengorbankan sedikit harta untuk kepentingan sendiri di akhirat.

RM250 setahun vs RM250 sebulan

Jika hari ini, kita sebenarnya lebih sanggup mengeluarkan RM250 sebulan untuk kenderaan di dunia berbanding hanya RM250 setahun untuk dijadikan korban sebagai kenderaan di akhirat. Secara mudahnya beginilah. Katakan kita membeli sebuah kereta Kancil yang mana setiap bulan perlu membayar ansuran sebanyak RM250. Bermakna RM250 x setahun = RM3000.Itu baru ansuran bulannya sahaja belum dicampur dengan road tax, kos penyelenggaraan dan petrol. Untuk apa? Ya, untuk kenderaan di dunia.

Lihat, nilai yang berganda berbanding pengorbanan yang perlu dikeluarkan untuk negeri akhirat. Apakah menjadi suatu yang terlalu berat nak keluarkan sebanyak RM250 setahun atau sekali seumur hidup? Padahal bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri jugak.

Jadi marilah kita bersama-sama menjadikan ibadah korban ini sebagai satu 'perlaburan' yang menguntungkan. Suatu perlaburan yang dijamin untung lebih daripada 100%! Kepada sesiapa yang masih belum melakukan ibadah korban ni, daftarlah sekarang. Kerana mungkin kita tak akan berjumpa lagi dengan 10 zulhijjah pada tahun hadapan.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha..